Memaparkan catatan dengan label Kasih D'Nurr. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kasih D'Nurr. Papar semua catatan

19 Ogos 2012

Salam Aidul Fitri 2012

Assalamualaikum..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Kak Nurr ucapkan pada semua muslimin dan muslimat.Begitu cepat masa berlalu sekejap je dah raya, pada Kak Nurr tak de apa yg istemewanya kerana Mak Ayah kak dah tiada rasa sedih ada la terutamanya bila dengar takbir raya teringat kg halaman kmeriahan meraikan bersama adik beradik yang lain. Gambar kat atastu kg halaman kak Nurr dan pagar kat sebelah tu adalah tempat dimana arwah mak ayah dan sebahagian ahli keluarga kak Nurr yg telah kembali kerahmatullah bersemadi. Al-fatihah buat semua muslimin dan muslimat yang telah pergi.. amin3.......

03 Julai 2011

BERIS VINEYARD

Assalamualaikum, siapa sangka ladang anggur berjaya direalisasikan di ulu Sik, kedah suatu daerah pendalaman dan sekarang menjadi popular dengan Empangan Beris yang cantik. Tahniah buat En Iqbal kerana berjaya mengusahakan projek ini.


01 Jun 2010

Kongsi Birthday

 Kek choc moist dengan fresh cream with strawberry.Ini kek birthday untuk my anak buah Kak Cik dan my cucu anak Nizam, maaf ye Tukmama  lupa sapa namanya, almaklum Tukmama dah tua ingatan tu slow sikit, apapun semoga sihat dan dalam lindungan Allah selalu, Amin..... untuk  Kak Cik bila nak kawin ni? tengok semua sepupu dah ada baby tak teringin ke?

09 Mei 2010

MaRi CuCi MaTa


Mai kita cuci mata lihat gambar sekitar majlis perkahwinan Ok Layannnnnn.................







05 Mei 2010

BIRTHDAY

Hari ini birthday anakanda Farihin Iskandar, suka sangat dia bawa kek pergi sekolah dan doorgift untuk kekawannya.Tahniah dari Mama dan Mama doakan agar di kurniakan anak yang beriman dan soleh hanya itu yang akan membantu kehidupan kita didunia dan akhirat AMINNNNN............

Yang penting KERJA.....SAMA

Alhamdulillah majlis sudah selesai berlangsung bermula dari bulan Dec hingga Jun, huh! lega.....Mari kita lihat gambar-gambar disebalik tabir siapa orang kuatnya.... Ini Pak Dak dari Taiping, angkat jangan tak angkat ya...baju hitam tu epon sepupu pengantin kat belakang Mak teh dok sibuk dgn kek dia hujung tu pula Pak Teh. Ini pula Pak Cik dari Baling,"apa la depa ni letak tak betoi ni" mai nak betoikan ya. Yang pakai kebaya pink ni pula Mak Dak "Ok dah tu depa susun"Baby sihat kat depan tu Adam sepupu pengantin Yang atas ni pula Mak Jang dariAloq Setaq & baju merah tu Mak Cik. Ha..kat bawah ni pula para juri tukang komen "kasi tabik sama depa" Mak Caq, Mak Long, Kak Ngah & kak Ani,depa ni import mai dari Pulau Pinang no.

04 Mei 2010

ANUGERAH

Assalamualaikum, Ramai yang bertanya mengapa lama tak update blog?Inilah salah satu sebabnya memberi ruang untuk menerima kehadiran orang baru. Dulu ingat dah tak de peluang untuk tambah ahli, banyak sangat dugaan dan cabaran sebelum ini, Allah itu maha berkuasa akhirnya aku mengandung juga walaupun pada mulanya teringin sangat nak anak perempuan sampaikan BOS dan kekawan tolong sibuk doakan agar kali ini dapat girls pula. sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui walaupun impian tidak terlaksana kami terima dengan redha sesungguhnya inilah ANUGERAH yang tak ternilai anakanda Faidhi Iskandar

10 Januari 2009

Berlangsungnya majlis di Kota Tinggi

Sekitar acara pertunangan Man di Kota Tinggi, gambar kat bawah yang duduk itulah buah hati Man tersenyum manis diapit oleh mak saudara Man, insyaallah on Jun nanti kita akan langsungkan majlisnya.

03 Januari 2009

BIRTHDAY ABANG FITRI ISKANDAR

03 Januari 1997 tepat jam 11.45 malam aku melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Fitri Iskandar. Hari ini 03 Jan 2009 genaplah usia abang Fitri atau panggilan manjanya "Ayang" 13 tahun, cepatnya masa berlalu ayang kini dalam proses untuk baligh muka dah mula dirisik jerawat, suara dah mula parau dan garau. Tiada sambutan birtday yang istimewa buatnya kami meraikan birtdaynya dengan hanya pergi makan KFC memandangkan Abah kerja hari ini.Mama cuma penuhi hajat Ayang dengan membuat kek untuknya, dah seminggu dia ingatkan mama tentang birtdaynya. Untuk Ayang pesan Mama dan Abah esok 4 jan hari pertama di sekolah menengah, ayang dah besar, ingat pesan Mama dan Abah "siapa kawan kita hari ini akan menentukan siapa kita dimasa akan datang,berbuatlah kebaikan dan ingat 2 perkara ini Al Quran dan sembahyang jangan tinggal hanya 2 ini yang akan tolong kita,yang penting sembahyang mesti sempurna 5 kali sehari kerana jika "SEMPURNANYA SEMBAHYANG KITA MAKA SEMPURNALAH URUSAN KITA YANG LAINNYA'' insyaallah.Kasih sayang dari mama dan abah.

14 Disember 2008

ItuLAh JoDOh NaMaNYa...

Jodohnya adalah jiran depan rumah hanya jalan yang memisahkannya, YA ALLAH, SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA BERKUASA.mereka saling mengenali dari kecil tapi tidak pernah terlintas untuk bercinta. tapi dek kerana jodoh sudah sampai Mak pengantin lelaki berkenan sangat dengan Zila ni lalu dilamarkannya untuk anak bujangnya. alhamdulillah berkat restu kedua ibubapa maka berlangsunglah majlisnya pada 13.12.08.Tahniah semoga kekal hingga akhir hayat.Zila anak saudara sepupu majlisnya berlangsung sama dengan Huda tapi Zila ni anak saudara sebelah Bapa, Huda pula sebelah Mak. Ini Mawi yang sibuk nak bergambar sekali.

24 Ogos 2008

My son Farihin Iskandar

My son Farihin Iskandar bin Abdul Wahab.7 tahun menanti untuk dapatkannya alhamdulillah akhirnya ini anugerah ilahi buat ku dan suami. Seorang anak yang petah berbicara. Apa yang menariknya tentang anak ni adalah namanya Mawi bila orang tanya sapa namanya. Aku dan suami tak pernah mengajarnya cuma kami perasan waktu kecilnya bila tengok gambar Mawi kalau dok nangispun mesti berhenti terus je diam dan senyum sendirian.Sesuatu yang tak boleh ku lupakan ialah sewaktu dia demam, biasanya kami akan ke klinik jumpa dengan Uncle Dr Singh.Bila tiba je gilirannya nurse panggil namanya Farihin Iskandar terus je bangun dengan muka yang nak marah "bukan farihin la Mawi", tersenyum nurse tu sehinggalah hari ni kalau ke klinik si kakak tu mesti panggil Mawi.Nak tau apa Mawi nak jadi bila besar nanti? bukannya nyani macam Mawi ya katanya nak jadi CHEF macam mama katanya.Inagt lagi aku waktu tu usianya 4 tahun katanya "Mama, mawi lapar nasi ni" waktu tu baru pukul 10 pagi dah sarapanpun. aku lak sibuk menjahit kataku"sat gi la mama masak nak siapkan baju ni dulu". Bila dah siap akupun terus ke dapur untuk mmasak nasi, terus pegang periuk nasi ya allah panas, buka periuk ya tuhan nasi penuh periuk dah masak. Terus je anak ku menjawab "mawi suruh mama masak tak mau jadi mawi masak la sendiri, Mawi pandaikan mama".Terus tanyanya Mawi buat camna ni,jawabnya" Mawi basuh macam Mama buatla 3 kali masa nak tuang air Mawi tapis la macam along fitri buat tu".Rupanya anak ku ni seorang pemerhati yang ambik tau apa yang kita oarang buat selama ni.Dia juga yang beri gelaran Chef Mama untuk ku, walaupun aku ni takde la pandai sangat masak, tetapi selepas apa yang dia makan kena dengan tekaknya or dia bau wangi masakan ku katanya "sedapnya chef mama masak ni Mawi sukalah.Yeh, kembang la aku but sekiranya masakan tu tak kena dengan tekaknya bila kita tanya"sedap tak? nak tau apa katanya "kalau mama tambah garam sikit bagi masin lagi sedap" or kalau dia tak suka dengan makanan tu bila kita ajak makan katanya" Mawi posa la hari ni". Ya itulah kata orang anak2 tu adalah anugerah, sungguh menghiburkan hati. Insyaalah akan ku bentuk dan gilap potensi yang ada pada anak bertuah ni untuk menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat, amin.

14 Ogos 2008

My Ayahanda

My Ayahanda En Abdullah bin Osman

My Bonda

My love bonda Puan Asma binti Ariffin