31 Julai 2012

KUIH KOCI

  
Entry kali ini kuih tradisional yang menjadi kegemaran kak Nurr dahulu arwah mak selalu buatkan kuih ni untuk kami sekeluarga. Sekarang ini kalau beli kebanyakkannya suka letak inti kelapa tapi kak Nurr lebih sukakan inti kacang hijau lebih sedap rasanya. Ayuh jom semak resepinya

Kuih koci 
Sumber: Kak hanieliza
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut putih atau hitam
3/4 cawan santan [1/2 biji kelapa]
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya
Minyak secukupnya (saya masak 1cawan santan pekat menjadi minyak muda)

Bahan untuk inti 1
1 cawan kelapa parut
*1/2 cawan gula merah atau gula kabung
*1/4 cawan air
1 helai daun pandan [simpulkan] 

*masak bahan bertanda menjadi sirap.
Gaulkan semua bahan kacau atas api sehingga pekat

Bahan untuk inti 2:
1cawan kacang hijau rendam dan rebuskan kembang
*1/2 cawan gula merah
*1/4 cawan air
1 camb tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut 
 Kaedah memasak sama seperti bahan inti kelapa

Cara:
1. Campurkan tepung pulut dan garam secukup rasa.
2. Daun pisang dipotong empat
segi dan disapukan dengan sedikit minyak. 
3. Ambil sejemput adunan dan letakkan di atas daun pisang yang telah disapu dengan sedikit minyak.
4. Leperkan bahagian tengah dan masukkan inti di dalamnya dan tutup semula.
5. Bungkus adunanseperti kon lakukan sehingga selesai kesemuanya.
6. Panaskan kukusan dan kukuslah sehingga masak anggaran 30 minit.
7. Bila telah masak, sejukkan barulah dihidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan