Memaparkan catatan dengan label Puding / Manisan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Puding / Manisan. Papar semua catatan

02 November 2013

SERAWA PISANG

Bismillah....
Tuan dan Cik Puan yang dirahmati Allah. 
Entry kali ini kak Nurr nak kongsi resepi serawa pisang bahasa orang utara jika di selatan ia di kenali dengan nama pengat. Jom baca resepinya;

Bahannya:
2 biji pisang nangka
1/4 cawan  sagu
1/2 cawan santan  pekat
2 cawan santan cair
1/2 cawan gula pasir
2 helai daun pandan

Caranya:
  1. Panaskan  santan cair bersama gula dan daun  pandan sehingga mendidih.
  2. Masukkan pisang sagu dan santan cair kacau selalu agar santan tidak peecah minyak.
  3. Siap utk di hidangkan

Selamat mencuba.....

26 Julai 2012

PAVLOVA

Assalamualaikum dan salam Ramadhan.
Resepi ini tukil dari Mama Zieza rnet  terima kasih mama jom kita tengok caranya:

4 biji putih telur.putih telur fresh
1 cwn gula castor..( saya letak 3/4 je)
1 sudu teh cuka (apple cider pun boleh)
1 sudu teh esen vanila ( saya letak esen pisang )
1 sudu makan tepung jagung.

Hiasan:
Whipping cream
buah-buahan segar

Pukul putih telur hingga berbuih, then masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga menjadi meringue....masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanila skit. Pukul sehingga pekat dan berkilat.
Ratakan adunan  kat atas kertas silicone  biar tebal dan bakar suhu 150C 
Bakar sehingga ianya garing di luar.. dalam dia akan maintain lembut.
Sejuk kan sekejap..

Hiasan:
letak whipping cream yang telah dipukul kental atas pavlova yang dah masak  kemudian taburkann buah buahan diatasnya....


24 April 2011

AISCREAM GORENG

Assalamualikum, 2-3 hari ini panaskan so kalau makan aiskrim mesti bestkan sejuk je membelai tekak.Hari ni kita cuba pula aiscream goreng resepi dari Nik Haslini Nik Husain

Aiskrim roti goreng

 Bahannya:
1 paket roti sandwich
Aiskrim - any perasa secukupnya (Kak gunakan vanila)
Acuan karipap - saiz paling besar (kak gunakan acuan tat)
Roller pin
Cara:
1. Roll roti sandwich.( tekap dengan acuaan tat 2 pcs)
2. Letakkan di atas acuan karipap (abaikan jika guna acuan tat)
3. Letakkan / scoop aiskrim secukupnya. Jgn terlalu byk....nanti roti tak melekat.
4. Lipat roti dan ketip acuan karipap sekuatnya.(ketip keliling roti dengan garfu)
5. Masukkan ke dalam peti ais selama  5 jam.
6. Goreng....deep fry.
7. Hidangkan bersama madu ataupun jem blueberry sewaktu masih panas.
    Sedap juga kalau makan tanpa goreng.