Memaparkan catatan dengan label Mee/ Laksa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mee/ Laksa. Papar semua catatan

11 Oktober 2013

LAKSAM KELANTAN

Bismillah...Tuan dan Cik Puan yang dirahmati Allah...
Laksam ada berbagai versi sama seperti laksa.kali ini kak Nurr buat laksam Kelantan, ada juga laksam utara Kedah/Perlis, Laksam utara lain sedikit sebab letak kerisik dan cili giling sedangkan laksam kelantan letak lada hitam. Jom kita lihat bahan-bahannya untuk membuat laksam dan kuahnya.


Bahan Kuah:
1 kg ikan selayang - rebus ambik isi dan kisar tapis tulang ikan.
1/2 kg santan pekat 
Air secukupnya

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah  
1 inci halia 
1/2 inci lengkuas
2 btg serai - ketuk 
2 sk serbuk lada hitam
4keping asam keping 
Daun kesumGaram 
Gula secukup rasa.

Caranya:
Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, masukkan daun kesom dan tutupkan apinya.
Bahan Laksam.
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi
5 cawan air suam 
1/2 sk garam 
1 camb minyak

Caranya:
Blendkan semua bahan dan perapkan 15 min.Panaskan kukusan letakkan tudung periuk dan kukuskan laksam hingga masak, angkat dan gulung. Potong laksam bila nak makan. 

Bahan Ulam: 
Kacang panjang 
Daun kesum 
Timun batang 
Bawang besar
Bunga kantan
Sambal-(kisar/tumbuk cili kering garam dan sedikit belacan)

23 September 2012

Bake Pasta Spiral



Assalam petang ni teringin nak makan makaroni bakar tapi stok xde kat rumah yang ada hanya spiral, boleh la spiral pun asalkan perut kenyang ye tak? Resepi asal ini kak Nurr dapat dari Eyda Mazlan dan juga resepi asalnya menggunakan  lasagna tapi kak Nurr dah ubah suaikan ia mengikut bahan yang ada kat rumah kak Nurr

Sumber:Eyda Mazlan
Bahan-bahan :
250gm pasta spiral rebus sehingga lembut dan tos kan. 
Masukkan sedikit olive oil kdalam spiral yg ditos supaya tidak melekat
Mozarella Cheese secukupnya
Oregano
Daun bawang/ sadri -di dadukan

Bahan-bahan sos daging
300gn daging cincang
2 sudu besar olive oil
1 ulas bawang putih dicincang
1 labu bawang besar di dadu halus
2 biji tomato didadu (-+350g)
1/2 batang carrot didadu kecil
8 sudu besar sos tomato
4 sudu besar sos cili
1 sudu kecil garam (anggaran)
1/2 cawan air
sedikit serbuk lada hitam  
Cara Membuat Sos Daging:
 Panaskan olive oil. Tumis bawang putih, bawang besar sehingga naik bau.
 Masukkan sos tomato kacau sekejap kemudian masukkan daging cincang. Kacau rata dan masukkan tomato dan carrot dan air. Biar mendidih.
Masukkan sedikit serbuk lada hitam, garam Sesuaikan rasa dan masak sehingga agak kering.
Tutup api dan ketepikan.

Bahan-bahan sos putih
1 1/2 sudu besar butter
1 atau 2 slice cheesedale
600 ml fresh milk
3 sudu besar tepung gandum + 3 sudu besar air + sedikit garam +sedikit serbuk lada hitam
Cara Membuat Sos Putih:
Cairkan butter di dalam pan.
Masukkan fresh milk dan cheesedale, masak sehingga mendidih.
Masukkan serbuk lada hitam, garam dan gula.
Kemudian masukkan tepung gandum yang telah di bancuh dengan air.Kacau sehingga sos pekat.
Tutup api.

Cara Membuatnya:
Sapu dasar dan keliling casserole/ acuan dengan marjerin.
Tabur spira  menutupi dasar acuan.
Letakkan sos daging dan ratakan keseluruhan acuan.
Masukkan pula sos putih, ratakan. ulang melapis sehingga penuh acuan
Kemudian tabur mozarella cheese menutupi keseluruhan sos putih
Akhir sekali tabur oregano di atas mozarella cheese
Tutup casserole dengan alumium foil kemudian bakar.
Bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 40 minit buka penutup dan bakar sehingga permukaan cheese perang (bergantung pd oven masing2)Sedia untuk dihidangkan.


21 September 2012

Fetucini Olio


 Assalam jom petang ni kita dinner dengan Pasta Olio satu menu yng ringkas dan berkhasiat. Mudah saja cara membuatnya yang pasti sedap dan ini adakah hasil tangan anak bujang kak Nurr yg baru berusia 16 tahun. Jom kita lihat resepinya
 
Sumber: Chef Joha SG
Bahannya:
1 paket Pasta
4 camb Minyak zaiton Extra Virgin
Garam
1 camteh lada hitam serbuk
100 gm smoke daging / ayam slice nipis2
Seikat daun pasli/ sadri - Finely chopped
10 ulas bawang putih - Finely Chopped
Cili kering or Chilli padi - potong dadu(optional)
 
Caranya:
Masak pasta mengikut arahan pada pek masukkan sedikit garam. Bila dah masak sejatkan pasta dan gaul bersama sedikit mentega
Panaskan kuali masukkan sedikit minyak zaiton dan bawang putih bersama dengan cili kering/cili api goreng sehingga wangi .Masukkan daging/ ayam gorengkan sebentar
Masukkan pasta serbuk lada gaul sebati akhir sekali masukkan daun pasley.

08 September 2012

Lasanga

 Entry kali ini lasangna salah satu makanan barat juga menjadi kegemaran anak2 kak Nurr. Resepi ini kak Nur copy paste dari Pn Nor Baya Wanchik orang Malaysia tapi stay kat San Diego.Terima kasih banyak2 pada resepi yang sedap ni. Jom kita lihat cara membuatnya..

Bahan utama:
Lasagna direbus sehinga lembut.
parmesan cheese.


 Inti
Carrot -1 batang
Celery stick 3 pucuk
2 biji bawang besar
1/2 kilo daging cincang.
2-3 sudu tomato puri.

3 sudu sos cili -kak nur tambah utk dapatkan sedikit rasa pedas tekak orang utara xpedas xbest..
sedikit daun parsley/ daun sup

Cara
1.Tumis bawang ( guna butter dan minyak )
2. Bila bawang dah lembut masukkan carrot/ calery/daging
cincang/tomato paste/daun pasley dan garam..
3. Masak sehinnga masak..


Bahan
Sos Putih
2oz butter+ tepung gandum 1/3 cawan.
21/3 cup fresh milk

cara2
Campurkan butter+tepung skit skit, butter +tepung (Repeat)
diatas api perlahan.. bila dah habis campuran alihkan ketempat lain,
masukkan susu cair dan kacau sampai cair.
masak semula atas api sampai pekat.
masukkan lada hitam, garam , serbuk buah pala(nutmeg)

P/S lasanga sepatutnya masam bukan masin hehehe, jangan
letak garam sehinga terasa masin pada sos, biarlaa masam takper akan
lebih sedap dari rasa masin :)..

cara melapis..
letak lasagna , inti kemudian sos.. tekan tekan skit, kemudian ulang
sekali lagi lasagna , inti dan sos..last sekali tutup dengan lasagna
dan taburkan cheese. dan hirisan daun pasley/daun sup
tutup lasangna tersebut dengan aluminium foil, supaya lasagna tak
keras dan kering.. bila dah nak dekat masak barula dibuka aluminium
foil tersebut, dan 10 minit cheese akan bertukar perang, hasilnya
cheese dapat dimakan dan lasanga pun lembut.

24 Ogos 2012

Laksa Johor

Entry kali ini laksa Johor yang menjadi kegemaran anak2 kuahnya lemak2 seakan kuah laksam utara, jom kita lihat cara dan bahannya.

Resepi asal : Kak Anim Rnet..
Bahan laksa
1 paket spagetti- rebus
Bahan kuah:
1/2 kg ikan kembung
1/2 kg ikan aya/tuna/kayu
250 gm udang putih( udang laut)
100 gm ikan bilis
Bahan kisar
5 butir bawang besar
10 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit
8 batang serai
1 inci lengkuas
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih (halus)
sedikit udang kering
belacan
1 senduk cili kisar
minyak untuk menumis
2 sudu besar kerisik
250 gm santan pekat
asam keping
garam secukup rasa

untuk ulam dimayang halus
daun selasih/daun kesum
kacang panjang
taugeh timun
asam limau
bawang besar
sambal belacan (kisar cili merah + belacan)

Cara
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan kisar hingga naik bau harumnya.
Masukkan santan dan ikan yang telah dikisar bersama airnya. Tambah air kalau terlalu pekat. Masukkan sekali asam keping. Biar hingga mendidih. Sesekali kacau supaya tak berkerak di dasar periuk.
Bila dah menggelegak, masukkan kerisik, garam dan gula. Kalau kurang rasa masam boleh tambah asam keping lagi. Kecilkan api sedikit tapi tidak terlalu kecil. Biarkan mendidih selama 1/2 jam lagi supaya bahan kuah jadi mesra dan pekat.
Siap untuk dihidang. Letakkan bahan ulam, limau nipis dan sambal belacan.

16 Ogos 2011

Mee Rebus


 Salam Ramadhan, jom buat mee rebus resepi ambil dari blog Bro Rozzan Sg, memang sedap buat juadah berbuka cubalah......
Bahan:
1½ kg mee kuning (dicelur)
1/2 kg sawi (dicelur)
1/2 kg taugeh (dibuang ekor, dicelur)

Bahan Kuahnya
1 cawan udang geragau* (rendam sebentar dgn air, toskan)
3 sudu makan udang kering* (rendam, toskan)
300 gm daging/tetelan (rebus hingga empuk dgn lebihan air)
2½ cm halia*
2 cm lengkuas*
2 batang serai*
6 ulas bawang putih*
2 biji bawang besar*
4 sudu makan penuh rempah kari ikan
6 sudu makan penuh tauco (jgn ambil airnya, dilecek separuh halus)
1 kg keledek (direbus dan lecek halus)
sedikit kacang tanah goreng (ditumbuk kasar-kasar)- (optional)
lebih kurang 1½ – 2 liter air (diambil dari air rebusan daging dulu, kalau tak cukup ditambah air biasa)
garam dan gula secukupnya
3 senduk minyak masak.

Cara:
Kisar bahan-bahan * dan campurkan dgn rempah kari ikan. Gaul rata. 

Panaskan minyak dan tumis bahan tersebut hingga rempahnya garing. 
Masukkan daging,/tetelan, taucheo, keledek lecek, air/air rebusan daging, garam dan gula. 
Masukkan kacang tumbuk, dikacau sebentar dan sesuaikan rasanya dgn selera anda. 
Biarkan kuah mendidih baru diangkat.

Bahan Taburan (Garnishing)
Daun sup/bawang,

lada hijau/merah,
bawang goreng, 
tahu goreng, 
limau kasturi, 
telur rebus.
Nota: Kuah Mee Rebus ini biasanya mesti ada rasa sedikit manis (jgn terlalu manis pula) dan juga rasa tauconya. Rempah karinya pula jgn terlalu banyak, nanti jadi mee kari ! Saya gunakan rempah kari ikan sebagaimana yg diajar oleh ibu saya. Selain menjadi pemekat kuah, kacang tumbuk juga digunakan utk menambah rasa enaknya. Tak perlulah gunakan tpg jagung utk memekatkan kuah.

19 Jun 2011

LASAGNA

 
Lasagna
(sumber dari blog BroRozan & resipi dari Pn Dekfa)

250g kepingan lasagna (masak sprti peraturan yg terdpt pd kotak)
-selalu tak sampai 250 gms, ikut muat bekas.
175g grated mozzarella cheese


Sos Putih :
250 ml UHT milk
bawang
2-3 cm carrot (potong nipis)
1 helai bay leaf
1 fresh parsley
8-10 biji lada hitam
40 gm butter
40 gm tepung


Sos Daging :
1 biji bawang besar (dicincang)
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 batang celery (dicincang)
75 gm carrot (dicincang)
400 gm daging kisar (boleh diganti dgn isi ayam/daging burger)
4 biji tomato (dibuang kulit, potong dadu) – boleh gunakan tomato yg dlm tin
1 helai bay leaf
secubit oregano
sedikit basil
minyak masak
225 ml air
1 sudu besar tomato puree
1½ sudu teh gula
garam
lada putih & lada hitam


Cara:

Sos Putih
Campur dan masak semua bahan white sauce dlm sauce pan. Kecilkan api dan renehkan utk beberapa minit. Alih sauce pan tadi, tutup, dan biarkan sebentar sekitar 10-15 minit supaya susu sebati. Kemudian tapis dan buang bahan yg tak perlu dan yg berketul2. Cairkan butter dlm api kecil, masukkan tepung dan kacau terus sehingga masak dlm seminit. Masukkan UHT milk, kacau berterusan dalam 5 minit sehingga menjadi sauce yg lawa. Ketepikan.

Sos Daging:
Panaskan minyak dlm saucepan dan goreng bawang, bawang putih, celery dan carrot sehingga bahan-bahan lembut. Masukkan daging kisar tadi dan masak sehingga keperang-perangan. Masukkan tomato dan herba2 tadi lalu dimasak lagi dalamasa 15-20 minit. Kemudian masukkan air, tomato puree, garam, gula dan lada putih/hitam. Renehkan (simmer) sehingga bahan menjadi pekat.

Lasagna
Sapu dan ratakan sos daging di dalam sebuah bekas. Pastikan bekas itu ‘oven-friendly dan cukup besar utk memasukkan semua bahan. Kemudian bubuh 2-3 sudu makan sos putih dan taburkan keju rata-rata utk menutupi lapisan. Susun kepingan lasagna di atas lapisan keju tadi. Ulang susunan sehingga selesai semua kepingan lasagna. Akhir sekali, bubuh sekali lagi sos daging, sos putih dan keju. Jika anda gemar makan keju, bolehlah lebihkan sukatan keju ini.

Bakar lasagna di dlm ketuhar pada suhu 190 degrees selam 45-50 minit atau sehingga lapisan akhirnya kelihatan kuning keemasan. Hidang lasagna panas-panas.

Nota: Ada juga yg meletakkan sos perang tapi ini terserah pada citarasa anda.

05 Disember 2008

Mee Tom Yam

Tom Yam adalah makanan kegemaran anak-anak cara masak juga senang main campak-campak je. jom kita tengok apa bahannya Bahannya: 1 ketul ayam potong kecil 5 ekor udang sedang 1 ekor sotong potong 4 3 ulas bawang putih diketuk 2 biji tomato masak dipotong dadu 2 jagung muda 1/4 batang karet 4 helai kelopak gobis 1 labu bawang besar potong baji 10 cili padi ketuk sedikit 1 batang serai ketuk 1 senduk pes tomyam 3 helai daun limau purut 1/2 limau nipis 2 lt air 50-100g mee kuning Garam dan gula secukup rasa Caranya: Panaskan sedikit minyak tumis serai dan bawang putih bila dah wangi masukkan tomato biarkan tomato layu masukkan pes dan ayam biarkan seketika.Masukkan air biar mendidih masukkan sotong dan udang biar mendidih lagi masukan semua sayur dan perasa tutupkan api masukkan mee. dah sedia untuk dihidangkan.Oppss sebelum hidang perahkan asam limau baru kick rasa masamnya.