Memaparkan catatan dengan label Makanan laut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makanan laut. Papar semua catatan

05 Disember 2014

Asam Pedas @ Asam Tumis Kepala Ikan

Haiiii!....
lama Kak Nur tak bersiaran disini, maklumla keadaan kesihatan yang tak berapa ok sejak akhir-akhir ini.Apa pun alhamdulillah syukur dengan nikmat yang diberi dan redho dengan ujiannya. Jom kita tengok resepi asam pedas ni yang lebih sedap bila diletakkan dengan sedikit nenas dan rempah kari .

Bahannya:
1 kepala ikan jenahak- apa ikan pun boleh
1/2 biji nenas -potong baji
sedikit daun kesum
1 camb asam jawa + 1 mangkuk air
2 camb rempah kari ikan.
daun kesum

Bahan mesin
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili kering- jika nak pedas boleh tambah lagi
1 inci kunyit
2 batang serai
sedikit belacan
1 daun limau purut.

minyak, garam n sedikit gula.

Caranya:
Panaskan minyak tumis bahan hingga wangi/ pecah minyak masukkan air asam. 
Tambah sedikit lagi air mengikut kesesuaikan yang ni agak-agak lah ye.
Bila mendidih masukkan nenas, ikan dan daun kesum.
Perisakan rasa garam masam dan manis sedia untuk di hidangkan.

Selamat Memasak...


04 November 2013

GULAI IKAN TONGKOL

Bismillah....
Tuan dan Cik Puan yang di rahmati Allah.
Entry kali ini gulai nasi dagang tapi dalam versi yang lain pulak,  anak2 kak Nurr memang suka dengan gulai ini. Jom semak resepinya di sini..
 Bahannya:
 1 ekor akan aya(tonggkol)
 1 mangkuk santan pekat
 1 mangkuk santan cair
 3 sudu besar rempah kari ikan
 6 keping asam keping
10 biji cili padi garam,gula nisan dan perasa secukupnya
 
Bahan mesin 
 6 biji bawang merah,
3 ulas bawang putih,
1 inci halia ,
1 inci lengkuas
15 tangkai cili kering 


Caranya:
  1. Kukus ikan bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan.
  2. Masukkan santan pekat ke dalam periuk masak santan dgn api yg perlahan sehingga pecah minyak.  
  3. kemudian masukkan bahan yg di blend ke dalam santan.
  4. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak.
  5.  Masukkan gula, garam,perasa dan asam keping.
  6. Masukkan santan cair dan tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus bersama dengan airnya.
  7. Masukkan cili padi dan biarkan mendidih seketika..

01 November 2013

UDANG MENTEGA VS NESTUM

Assalam  Tuan dan Cik Puan yang di rahmati Allah.
Hari ini Kak Nurr nak kongsi resepi udang mentega digandingkan dengan cereal nestum yang amat enak dan rangup. Jom semak resepi.

Bahannya:
125gm butter
2 mangkuk minyak
1 mangkuk nestum
1/2mangkuk susu cair 
5 biji kuning telur-dipukul sedikit
10 ekor udang kertas
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
8 biji cili api*
6 tangkai daun kari
sedikit pati ayam,gula dan garam



Caranya:

  1. Perap udang dengan sedikit garam
  2. Potong bahan bertanda* 
  3. Panaskan kuali masukkan minyak dan butter.
  4. Tuang telur angkat tinggi macam teh tarik sambil kacau dengan senduk sehala lawan jam. biarkan ia garing angkat dan toskan minyak.
  5. Goreng udang sehingga masak toskan.
  6. Buang lebihan minyak tinggal sedikit untuk menumis.
  7. Tumis bawaang putih dan halia,  masukkan cili padi dan daun kari, gaul sebati masukkan susu cair gula, garam  dan pati ayam.
  8. Masukkan udang dan nestum  gaul sebati.
  9. Angkat dan taburkan telur yg di goreng tadi.


Selamat  mencuba...




29 September 2012

Gulai Dagang

Entry kali ini gulai nasi dagang yang amat popular di sebelah Pantai Timur resepi ini kak Nurr dapat dari seorang  kawan or lebih tepat lagi xboyfrends he he he... yang berasal dari Kuala Terengganu katanya nasi dagang yang berwarna coklat sedikit tu berasal dari Kelantan yang ini ori dari Terengganu di makan bersama acar timun. Jom kita tengok resepinya.
Bahannya:
1 Ekor Ikan Tongkol/ 500gm Tenggiri*(dikukus atau direbus dgn asam gelugur)
1 Mangkuk Santan
2 Sudu Besar Rempah Gulai Kampung Tok Aji dari Terengganu

 (xdak rempah kari ikan yg lain pun boleh)
3 sudu besar cili giling
10 Ulas Bawang Merah
2 Ulas Bawang Putih

½ inci Halia
½ inci Lengkuas
½ inci kunyit hidup
Sedikit belacan
Kayu manis,cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
3 Keping Asam
Garam,gula@ manisan Terengganu secukup rasa

Cara-cara :

1. Bawang merah, b.putih halia, lengkuas dikisar dgn rempah gulai dan cili giling.
2. Tumis bahan kisar bersama kayu manis,bunga lawang,cengkih dan buah pelaga sehingga naik minyak dan baunya wangi.
3. Masukkan santan dan biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan belacan asam keping,ikan yg telah direbus serta cili padi jika suka dan juga daun pandan.
5. Biarkan ia mendidih dengan api yang perlahan.
6. Kemudian,masukkan garam dan gula secukup rasa.
7. Biarkan kuah itu menjadi agak pekat.Kemudian, kuah sedia dimakan bersama-sama dengan Nasi Dagang

19 September 2012

Udang Goreng Telur Masin

 Assalam, jom kali ini kita buat udang goreng telur masin pula hari tu dah buat ketam kali ini kita tukar pula dengan udang. Kebetulan dapat udang kertas yang segar dari  Penaga S.P.U murah pula tu 1 kg cuma 40 ja,terus rembat 2kg. Jom kita tengok bahannya...

Sumber: Tokmak Kuantan -Jazakalloh

Bahan A
5 ekor ketam yg penuh isi nya.
bersihkan dn tos kan air nya.
gaulkan dgn secubit garam.
bahan celup ketam.
1 cwn tepung beras .
1 biji telur .
secubit garam.
sedikit serbuk kunyit.
sedikit air.
Caranya:
campur kan kesemua bhn2 di gaul rata.
kacau hingga bancuhan x berketul .
panas kan minyak yg bnyk untuk mengoreng ketam.
celup ketam dlm adunan telung tadi dn masuk kan terus dlm kuali dgn minyak yg panas..
goreng hingga ketam kekuningan..angkat dn tos kan minyak nya ..
ambil semua serdak2 dari gorengan tadi.ketepi kan .
Bahan B.
2 biji telur masin di rebus.
2 sudu besar butter.
beberapa ulas cili kecil hijau potong nipis.
2 tangkai daun kari ..
1/2 cwn susu cair ..
Caranya
kupas telur masin dn hancur2 kan saperti dlm gambar pada ketam tu ..
panas kan butter ..
masukan cili kecil dn daun kari .
goreng hingga wangi..
masukan telur masin .
kacau2 sebati ..
bila dh nampak kering masukan susu cair..
kacau2 ..masukan ketam yg dh siap di goreng tadi..
balik2 kan dn angkat .....

07 September 2012

Ketam goreng telur masin


 Entry kali ini ketam goreng telur masin yang Kak Nurr dapatkan dengan izin dari Tok Mak Kuantan terima kasih banyak2 Tok Mak atas resepi yang sangat sedap pada selera anak2 kak Nurr. Jom kita lihat resepinya
Bahan A
5 ekor ketam yg penuh isi nya.
bersihkan dn tos kan air nya.
gaulkan dgn secubit garam.
bahan celup ketam.
1 cwn tepung beras .
1 biji telur .
secubit garam.
sedikit serbuk kunyit.
sedikit air.
Caranya:
campur kan kesemua bhn2 di gaul rata.
kacau hingga bancuhan x berketul .
panas kan minyak yg bnyk untuk mengoreng ketam.
celup ketam dlm adunan telung tadi dn masuk kan terus dlm kuali dgn minyak yg panas..
goreng hingga ketam kekuningan..angkat dn tos kan minyak nya ..
ambil semua serdak2 dari gorengan tadi.ketepi kan .
Bahan B.
2 biji telur masin di rebus.
2 sudu besar butter.
beberapa ulas cili kecil hijau potong nipis.
2 tangkai daun kari ..
1/2 cwn susu cair ..
Caranya
kupas telur masin dn hancur2 kan saperti dlm gambar pada ketam tu ..
panas kan butter ..
masukan cili kecil dn daun kari .
goreng hingga wangi..
masukan telur masin .
kacau2 sebati ..
bila dh nampak kering masukan susu cair..
kacau2 ..masukan ketam yg dh siap di goreng tadi..
balik2 kan dn angkat .....
sedia untuk di hidang...

09 Ogos 2012

UDANG MENTEGA

Doa ramadhan ke20

"Ya Allah, bukakan bagiku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepadaku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman." 
Assalamualaikum entry kali ini udang goreng mentega juadah untuk bersahur jom semak resepi dan caranya
Sumber: Dapur Kak Yah(dapurkakyah.blogspot.com)
Bahan:
 Bahan-bahannya
10 ekor udang saiz besar
2 ulas bawang putih
Sedikit halia
3 biji cili padi
2 tangkai daun kari
150gm mentega
3 biji kuning telur
1/2 kiub pati ayam - kak Nurr xletak
Gula
Garam

Caranya:
Udang dibiarkan kulitnya dan dibersihkan dan diperap dengan sedikit garam.
Panaskan kuali(jenis bergeluk) dan masukkan mentega.  Bila cair dan mendidih masukkan kuning telur (yang telah dipukul dengan garfu) kacau sehala dengan menggunakan senduk bulat.  Kacau tanpa henti sehingga berjurai dan nampak masak dan sedikit garing...Tapis dan toskan menggunakan penapis besi.
Lebihan minyak tadi masukkan semula dalam kuali.
Tumis bawang putih bersama halia yang telah dimayang dan dihiris nipis.
Apabila telah kekuningan masukkan udang, daun kari, cili padi(potong kecil2), kiub ayam dan gula.
Kacau sehingga udang agak masak dan masukkan sedikit juraian telur tadi.  Kacau seketika dan angkat dan ditoskan (dalam tapisan besi tadi)
Hidangkan dalam bekas dan masukkan lebihan telur tadi di atasnya.

31 Julai 2012

SUP KETAM

Assalamualaikum salam Ramadhan Al- Mubarak Enty kali ini satu menu sihat yang yang amat sesuai untuk mereka yang menjaga pemakanan ayuh kita semak resepi dan cara membuatnya.

Bahannya:
2ekor ketam, 
1/2 btg karet 
2 biji kentang 
5-6 biji cili padi 
1 tngkai daun sup/bawang
1 soo hun 
1 camb rempah sup( apa2 pun boleh saya guna mak siti)
Minyak utk menumis
Garam 
1 asam keping


Bahan tumis 
3 ulas bawang kecil 
1 in halia 
1 ulas bawang putih 
1 camt jintan manis
rempah 4sekawan

Caranya:
Panaskan minyak masukkan  bahan tumis masukkan 4 sekawan dan rempah bila dah wangi masukkan air mendidih masukkan kentang bila dah lembut masukkan karet ketam soo hun cili padi dan sedikit garam akhir sekali baru masuk daun sup perisakan asam dan garamnya tutup api....siap

01 Mac 2011

ASAM PEDAS MELAKA

 Assalamualikum, baru- ini pergi Melaka makan asam pedas  kat sana memang sedap sampai hari ini masih terasa keenakannya. balik sini anak minta buatkan camne ye, aha.... terus teringat kat Mamazieza orang melaka tapi dok kat penang terus sms minta resepi bahannya. TQ Mamazieza inilah hasilnya, walaupun tak sesedap yang kita makan kat Melaka boleh la kena belajar lagi ni cari yang sedap.Jom kita tengok bahannya kat bawah.

Bahannya:
3 ekor ikan kembung( ini saja stok yang ada )
1 bunga kantan
sedikit daun kesum
1 camb asam jawa + 1 mangkuk air
*6 ulas bawang merah
*3 ulas bawang putih
*2 batang serai
*sedikit belacan
*8 tangkai cili kering
minyak, garam n serbuk perasa.

Caranya:
Mesin bahan bertanda*.Panaskan minyak tumis bahan hingga wangi/ pecah minyak masukkan air asam.
Bila mendidih masukkan ikan dan daun kesum serta bunga kantan perisakan. sedia untuk di hidangkan.

29 Oktober 2010

GULAI LEMAK KETAM



 
Ketam adalah kegemaran anak Fitri  jom kita tengok resepinya cara orang utara buat gulai tumis darat.
Bahannya:
 4 ekor ketam siang dan potong 2
 1/2 biji nanas dipotong baji
 1 mangkuk santan
 1 paket rempah gulai lemak( cap tarbus baru sedap)
 5 ulas bawang merah - tumbuk halus
  
 Bahan tumis darat:
1/4 cawan minyak
 3 ulas bawang merah mayang
 1 tangkai daun kari
 1/2 camca teh jintan manis ( yang kasar)
 sedikit halia mayang
  
 Caranya:
 Masukkan rempah bersama sedikit santan bawang merah tumbuk.
 Panaskan sehingga rempah garing ataupun berbau wangi.
 Masukkan ketam gaul sebentar kemudian masukkan santan dan nanas biar sehingga gulai mendidih. Perisakan garam angkat gulai dari dapur.

 Panaskan kuali masukkan  minyak tumis bahan tumis hingga berbau wangi tuang atas gulai dan tutupkan  periuk.


11 Oktober 2010

IKAN BAKAR PORTUGIS

 Bahan-bahan: 

1/4 cawan minyak masak 
1/2 biji air limau nipis
1/2 sudu besar kicap pekat
3 ekor ikan mabung

daun pisang/ aluminium foil.

Bahan dikisar:

4 tangkai cili merah
4 biji buah keras
8 ulas bawang merah
1 batang serai
1/2 sudu teh belacan
1 sudu besar cili mesin
2 helai daun limau purut.
 garam dan gula

Cara-cara:

1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumis bahan kisar di atas api kecil sehingga wangi. Tambah air limau nipis, kicap, garam dan gula.
2. Lumurkan seluruh bahagian ikan dengan sambal yang di masak dan bungkus ikan dengan aluminium foil.
3. Bakar di dalam ketuhar (oven) yang sudah dipanaskan pada 180C @ 350F selama 20 minit atau panggang di atas bara api yang marak.


12 Julai 2010

Octopus finishes perfect World Cup run



Hai,

Demam piala dunia dah habiskan hari ni ramai yang ngantuk-ngantuk kat ofiskan?
so mai kita layan menu lunch kita hari ni, masak sebelum datang kerja anak ku kata sedap ye sotong paul ni, he he he................

Sotong Masala
5  sotong paul
1 camb garam masala
1 camt kunyit
1 camt garam
(gaulkan semua bahan biarkan seketika)

1 cili merah
1 bawang besar
1 daun bawang
1 camb air asam jawa
1/2 inci halia
3 ulas bawang putih

Panaskan minyak tumis bawang putih dengan halia, masukkan sotong gaul hingga sotong masak, masukkan air asam dan semua bahan lain sedia untuk dinikmati.

Selamat mencuba. bye paul.......

20 Mac 2009

IKAN BAKAR BRO ROZZAN


Ini menu tengahari tadi , terliur kita bila buka blog Bro so kita buatlah tapi dibakar guna dapur arang, baunya wangi semerbak, pada yang belum buat cubalah saya bagi 5 bintang untuk resepi ni, memang sedap,di cicah dengan air asam. 
IKAN BAKAR 
 
1 kg ikan pari - potong ikut suka (ikan2 lain pun boleh)-saya gantikan dengan siakap  

Bahan Kisar 3 biji bawang besar 30-35 tangkai cili kering 5 ulas bawang putih 1 inci lengkuas ½ inci halia 1 inci kunyit 3 batang serai sedikit belacan 3-4 biji buah keras (optional)-saya letak baru ada rasa lemak (kisar semua bahan di atas)
 4 sudu besar sos tomato
 4 biji limau kasturi (diambil jusnya)
3-4 sudu besar gula garam secukup rasa
2 helai daun kunyit (dipotong beberapa bahagian)-digantikan dengan daun limau purut
secukup minyak utk menumis
daun pisang secukupnya alum foil (kalau nak bakar dalam ketuhar)

Cara
1) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik baunya. Masukkan pula daun kunyit dan daun limau dan kacau sebentar.
 2) Seterusnya, masukkan sos tomato, jus limau kasturi, gula dan garam. Kacau rata dan sesuaikan rasanya. Tambahlah apa yg kurang. Biarkan sehingga sambalnya pekat sedikit sebelum dimatikan api.
3) Daun pisang dibersihkan dan dipotong ikut saiz yg diperlukan. Begitu juga dgn aluminium foil tetapi biarlah ia lebih besar sedikit dari saiz daun pisang.
4) Alaskan daun pisang tadi dgn alum foil dan bubuh sedikit sambal. Kemudian bubuh ikan dan bubuh lagi sambal diatasnya. Bungkus dgn kemas. Buat begini sehingga habis semua ikan dan sambal.
5) Bakar di dalam ketuhar dgn suhu 200 -225 darjah Celsius selama kira-kira ½ jam.

Nota: 1) Anda juga boleh bubuh sedikit cincalok (kalau yg gemar lerr!) ke dalam bahan kisar tadi.

 Ini la air asamnya....

19 Februari 2009

Sweat Sour Kerapu

Malam tadi masak lauk ni, rasa teringin sangat nak makan. Ikan ni kawan bagi katanya suaminya pergi mancing kat pulau dekat Yan, Kedah. resepi hentam je main campak2.
Bahan:
1 ekor ikan kerapu yang digoreng Bawang putih mayang halus
Halia mayang
Serai ketuk je
Cili padi potong 2
Bwang besar potong bulat
Tomato belah 4
Nenas dadu
Cili benggala
Sos cili cap mawar( sos ni sedap pada tekak my family) Sos tomato kimball

Caranya; Cam biasa la kan.......Panaskan minyak tumis bawang halia dan serai masukkan sos tambah sedikit air, bila mendidih masukkan bahan lain perisakan garam dan gula curahkan atas ikan. Siap untuk dimakan bersama nasi panas

05 November 2008

My Ayahanda Curry

Terdapat banyak variasi kari di Malaysia ini. Pertama kali masak kari, siapakah gurunya? sudah pastinya Ayahanda tercinta.,Dalam banyak-banyak kari pada saya kari My Ayahanda lah yang paling sedap, kari mamak kata orang utara,jom kita lihat apa bahannya dan camna cara masaknya. Bahannya: 1 ekor ikan merah dipotong 2 50g rempah kari beli kat kedai nana (mamu penang la) (boleh juga pakai rempah kari yang kat dalam paket tu tapi tastenya tak sama tau) 10 ulas bawang merah ditumbuk halus 3 ulas bawang putih di tumbuk halus 10 biji (betul ke biji ye)kacang bendi di celur dengan air panas sebentar. 3 biji cili hijau sedikit bawang goreng diramas hancur sedikit 1 cawan air asam jawa 2 mangkuk air Garam dan gula secukup rasa Bahan Tumis: 1/ 2 cawan minyak 2 ulas bawang merah dimayang 1 ulas bawang putih dimayang 1 camt halba campur 2 tangkai daun curry. Caranya: Panaskan minyak dalam kuali tumis semua bahan tumis hingga wangi masukkan rempah kacau sebentar masukkan air sedikit. Masukkan sedikit air asam, gula dan garam biar hingga rempah pecah minyak. Masukkan ikan gaul sebentar, masukkan air asam biar mendidih.Masukkan cili hijau, bendi dan bawang goreng, perisakan asam garam secukupnya. Dah sedia untuk dihidangkan.

29 Oktober 2008

Masak lemak ikan mayong


Ikan mayong atau temenung borek kata orang utara memang sedap, hari ni kita buat masak lemak jom tengok resepinya.

Bahanya:
2 ekor ikan mayong-digoreng sebentar.
1 mangkuk santan cair
1/2 mangkuk santan pekat
15 cili api- nak pedas lagi boleh tambah
* 5 ulas bawang merah* 1 camt garam
* 1/2 camt jintan manis* 1 ketul kunyit hidup
* 1 asam keping.
sedikit gula.
2 biji tomato dipotong baji

Caranya:
*bahan ini ditumbuk halus atau nak senang blendkan je.
Masukkan santan cair dalam kuali campur bahan tumbuk bairkan mendidih.
Masukkan ikan asam dan santan pekat kacau selalu, akhir sekali masuk tomato dan gula.
Sedia untuk dihidangkan.

12 Oktober 2008

Cilli Crab

Resepi dapat dari Kak Aida geng Rnet, kebetulan pergi pasar tengok ketam cantik je terus sambar dan inilah hasilnya. Ingredients 3 kg fresh crabs (ketam bunga) – cleaned & cut into 2 pieces 20 gm cili padi 50 gm garlic }chopped 50 gm ginger } 400 gm tomato ketchup 400 gm chili sauce 40 gm red chilies – sliced 20 gm Coriander leaves – sliced 20 gm belacan – toasted & crushed Salt, sugar & pepper to taste 30 gm corn flour + water – if necessary ( saya tambah dengan sebiji telur untuk mencantikkan lagi pastenya ) 1 liter SeriMas Cooking oil Methods 1. Season the crabs with salt & pepper & deep fry until done. Set aside & remove the remaining oil. 2. Saute the chopped garlic, ginger & cili padi till fragrant. Add in crushed belacan and continue frying for another 2 minutes. 3. Add in the tomato ketchup, chili sauce & some water to dilute. Let it simmer until thick & add in the fried crabs. 4. Add in sugar and salt. 5. Remove from heat and garnish with sliced chilies and coriander leaves.

21 September 2008

Curry sihat














Ya salam, Bila dah cakap pasal curry ni bukan saja sedap makan dengan lempeng makan dengan cekodok pisang pun sedap. Ni nak kongsi curry yang sesuai untuk mereka yang tinggi paras kolestrolnya resepi asal dari Prof Dr. Noraziah seorang pensyarah Kolej Teknologi Industri kat USM. Dr telah berekperimen resepi ni kepada suaminya dan alhamdulillah berjaya, sekarang ni kalau masak curry ni la resepinya yang jadi kegemaran my family.
Bahannya;
2 ketul ikan tenggiri
1 pkt kecil rempah curry
3 labu bawang besar -potong kiub.
4 labu tomato segar- di potong kiub
air agak2 la dalam 1-2liter .
Bahan tumis:
1 camt halba campur
2 tangkai daun kari
2 ulas bawang putih -mayang
1 camb bawang besar ambil dari 3 labu tadi.
3-4 camb minyak zaiton
Caranya:
Panaskan minyak tumis bawang + halba bila dah wangi sedikit masuk daun kari. Masuk pula tomato + bawang biarkan sehingga layu or tomato tu hancur. Masukkan serbuk rempah + sedikit air biar rempah tu garing or bila kita cium tak bau dah rasa rempah tu. Masukkan garam secukup rasa, masukkan ikan gaul sebentar dan last sekali masuk air dan masak hingga mendidih. Kalau suka boleh letak cili padi or cili hijau gak.

10 September 2008

Sambal rica2 chef tania

SAMBAL IKAN RICA RICA 

INGREDIENTS: 
1 KG MACKEREL(SLICE ABOUT 
3/4 INCH THICK RUB WITH A LITTLE SALT AND TUMERIC POWDER AND FRY HALF COOK) 12 NOS. CHERRY TOMATOES 
20 NOS. THAI BASIL(DAUN SELASIH) 
2 NOS. BRUISED LEMON GRASS(SERAI DI TITIK)
 2 NOS. ONION SHREDDED 
5 NOS. KALAMANSI EXTRACT JUICE(LIMAU KASTURI AMBIL JUS) 
A LITTLE OIL FOR FRYING ABOUT 5 TBLSP 
SALT AND SUGAR TO TASTE 

GROUNDED INGREDIENTS 
15 NOS. RED CHILLIES 
4 NOS. GARLIC
1 TBLSP BELACAN 
1 SLICE GALANGAL(LENGKUAS) 
GRIND ALL ABOVE INTO PASTE(ADD ABOUT 1/2 CUP WATER TO GRIND) 

METHODS 
1. HEAT UP OIL AND ADD IN THE GROUNDED PASTE AND BRUISED LEMON GRASS, STIR FRY UNTIL FRAGRANTS. 
2. ADD IN THE ONIONS, TOMATOES, JUICE, SALT, SUGAR AND HALF OF THE BASIL LEAVES STIR AND LEAVE TO COOK FOR ABOUT 3 MINS WITH SMALL FIRE. 
3. LASTLY ADD IN THE FISH AND BALANCE BASIL MIX WELL AND READY TO BE SERVE....... NOTE: FOR THE FISH U CAN USE FISH LIKE BLACK PROMPHET, SEABASS OR SELAR BESAR 

 NUTRITION TIPS: 
1. PRODUCT CARRYING HEALTHIER CHOICE SYMBOL(HCS) ARE LOWER IN FAT, SATURATED FAT AND SODIUM AND HIGHER IN DIETARY FIBRE AND CALCIUM, COMPARED TO OTHER PRODUCTS IN THE SAME CATEGORY. 2.USE HERBS AND SPICES TO ENHANCE THE FLAVOR OF THE FOOD.

14 Ogos 2008

Asam pedas pembakar semangat

Mula berminat dengan kulinari apabila ayahanda tercinta memberi komen yang tak sedap didengar"hang ni masak asam pedas ka masak air sejuk, tak rasa apapun".Rasa tercabar dengan teguran itu yalah dah 20 tahun tapi tak pandai masak walupun ibunda merupakan pakar dalam membuat kuih tradisional dan sentiasa mendapat tempahan untuk majlis dan ayahanda tercinta pula merupakan tukang masak untuk majlis kenduri kampung, sayang sekali anak daranya...buat asam pedas pun tak lepas.Demi menyahut cabaran berfikir boleh melakukan, percaya apa yang dilakukan,tabah apa yang diusahakan,bertindak atas kemampuan insyaallah boleh.Belajar pelahan-lahan dari kedua ayahbonda dan sekarang alhamdulillah aktiviti seni kulinari ini menjadi rutin harian dan pendapatan sampingan keluarga.Hanya doa dan al-fatihah mengiringi ayahbonda tak terbalas rasanya jerit payah mendidik kami anak-anakmu.Terimakasih ayahanda dan bonda tercinta.