Memaparkan catatan dengan label Sayuran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Sayuran. Papar semua catatan

26 November 2014

SAYUR LODEH

Salam Silatulrahim...
Hari ini Kak Nur masak sayur lodeh, satu menu yang senang campak2 dan leburkan saja dalam kuali.Anak-anak kak Nur suka makan dengan nasi tapi orang selatan suka makan dengan lontong.
Jom kita semak bahan dan caranya..

Bahan-bahannya:
   1/4 kobis
   1 batang lobak merah
   2 biji terung bulat
   1 paket suhun
   1 paket tempe
   1 biji capsicum
   1 inci lengkuas-ketuk sedikit
Bahan tumis:
    cili padi- (ikut suka nak pedas atau tidak)
   (cili kering pun boleh guna juga tapi kak Nur lebih suka guna cili padi)
   4 ulas bawang merah
   2 ulas bawang putih
   1 inci kunyit 
   1 inci halia
   1 batang serai
   1 camca besar rempah soto
   2 biji buah keras
   1 camca teh serbuk belacan
   2 camca besar udang kering
   Kisar semua bahan dengan sedikit air.
sedikit minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa.

Canya:
Panaskan minyak masukkan lengkuas dan bahan kisar sehingga wangi.. 
Masukkan santan kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. 
perisakan garam secukup rasa.
Kemudian barulah masukkan bahan sayuran, mulakan dgn kacang, lobak merah, terung, tempe, tauhu, suhun dan kubis.
Biarkan mendidih sebentar siap untuk di hidangkan.

30 November 2013

BROKOLI SOS TIRAM

Bismillah...
Tuan dan Cik Puan yang di rahmati Allah...
Entry kali ni nak kongsi satu  menu yang mudah tetapi berkasiat. Jom  semak resepinya
Bahan:
200gm  brokoli-potong baji
2 keping tauhu-potong 8 
2 pokok pakcoi-potong 2in
1 biji lada  merah-potong  menyerong
1 labu bawang besar-potong bulat
2sudu besar sos tiram + 3sudu besar air +sedikit garam 
2sudu besar minyak zaiton
3 ulas bawang putih -dadukan


















Caranya:

  1. Panaskan sedikit air dalam  periuk sehingga  mendidih masukan brokoli sebentar kemudian toskan.
  2. Panaskan  minyak dalam  kuali masukan bawang putih sehingga wangi,  masukkan tauhu dan sos gaul sebati.
  3. Akhir sekali  masukkan sayuran. perisa garam  secukup rasa..

Selamat  mencuba....

02 November 2013

Fried Broccoli with Shitake Mushroom & Carrot- Chef Joha.


Bismillah...Tuan dan Cik Puan yang di rahmati Allah

Resepi ini Kak Nurr copy paste dari Group Resepi Ekperimen resepi dari Chef Joha Singapore. Kredit to Chef Joha -Jazakallah dan mohon halalkan ye Chef.Memang sedap dan mudah cara membuatnya pada mereka yang vegi lover mesti cuma resepi yang mudah ini
Fried Broccoli with Shitake Mushroom & Carrot.Bon Appetit.

Bahan2nya
Broccoli - dipotong kecil2
1 batang Carrot - dihiris serong

8 ketul Shitake Cendawan - dihiris
1/2 biji bawang di hiris
1 cili merah dihiris
1 cili hijau dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1/4 inch halia - dihiris
1 kuib knoor ikan bilis
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak bijan
1/2 cawan air/stok
Minyak untuk menumis
Bawang Goreng untuk taburan khiasan


Cara2nya

  1. Panaskan minyak , masuk bawang2 rempah yang sudah dihiris.
  2. Biarkan bawang nya lembut. 
  3. Masukan hirisan carrot, masakan sebentar, masuk air sedikit dan sayur broccoli, gaulkan bersama minyak bijan. Masukan cendawan Shitake bila wap mula naik. Tutup periok sebentar, biarkan sayur masak sekejap, letakan garam secukup rasa. 
  4.  Sajikan panas2 taburkan bawang goreng sedikit.jangan masak terlalu lama supaya sayur tak terlalu masak.

Selamat mencuba.....

06 Oktober 2012

MARAK @ SUP ARAB

Bismillah
Entry kaki ini kak Nurr masukkan resepi Marak ataupun sup yng dimakan bersama dgn nasi arab. Satu resepi yang mudah dan ringkas.walaubagaimanapun ia telah di olah dgn bahan yg ada kat rumah..

Sumber:LYDIA'S Q8 TABLE
Bahannya;
1 biji bawang besar-di dadu halus
2 ulas bawang putih- dicincang halus
1-2 biji cili hijau capcicum
2 biji  tomato- kupas kulitnya & didadu kasar
1/2 batang karet- dadu  kasar
1 biji ubu kentang -dadu kasar
Sedikit daun ketumbar -potong kasar
Air rebusan ayam secukupnya
1 camb lemon jus
2 camb minyak masak
Garam secukup rasa

Caranya:

  1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang besar hingga layu
  2. Masukkan bawang putih biarkan sebentar hingga terbit bau.
  3. Masukkan sayuran dan gorengkan sebentar.
  4. Masukkan air/ chicken stock, biarkan mereneh hingga sayuran masak
  5. Dan masukkan jus lemon serta garam.Taburkan daun ketumbar tutupkan api.
  6. Hidangkan dengan nasi..

01 Ogos 2012

Sup Sayur

 
Assalamualaikum entry kali ini kak Nurr masak  satu menu yang ringkas dan mudah untuk disediakan sesuai untuk anak2 bersahur awal pagi tadi dihidangkan bersama dengan nasi goreng. Jom semak caranya:

Bahan:
1/2 mangkuk isi ayam dadukan
1mangkuk cendawan kering rendamkan dahulu
2 pokok sawi cina 
1/2 batang karet
1 biji cili merah
1 camteh serbuk lada putih
garam secukup rasa

Bahan tumis:
4 ulas bawang putih
2 camb minyak zaiton (minyak sawit pun boleh)

Caranya:
Panaskan kuali masukkan minyak tumiskan bawang sehingga wangi masukkan ayam gaul sebentar.
Masukkan air agak2 la nak banyak mane yek. Bila mendidih masukkan garam karet dan cendawan bila karet masak masukkan sawi cili dan serbuk lada tutupkan api siap untuk dihidangkan.


08 Julai 2011

KANGKUNG GORENG BELACAN

 Assalamualaikum, hari kita masak sayur yang senang je dan murah pula kosnya yang penting anak-anak sukak.

Bahannya:
1 ikat kangkung (RM 1.00)
1 labu bawang besar -potong bulat
Bahan tumbuk:
1 /2 cawan ikan bilis
10 cili padi
1 inci belacan
3 ulas bawang putih
sedikit garam

Caranya: 
Panaskan 3 camb minyak masukkan bahan tumbuk goreng hingga wangi,
Masukkan kangkung dan bawang goreng hingga sedikit layu, perisakan dengan garam.
Sedia untuk dihidangkan.

13 Mac 2011

KERABU PUCUK BEKA


Kerabu ini adalah kegemaran allahyarhamah Pn Hjh Tengku Zainab(Cikgu Zainab) seorang sahabat lama yang sangat baik pada aku seorang yang tabah melawan kanser payudara selama 15 tahun. Al-Fatihah buat allahyarhamah didoakan agar beliau ditempatkan bersama-sama orang yang beriman aminnnn.

Bahan-bahan:
4 ulas bawang merah- mayang
*1 in halia
*1 labu bawang besar
1 ikat  pucuk beko mayang dan celur sebentar.
*kelapa muda yg diparut
 Santan
2-3 camb jus asam jawa
1/2 cawan kerisik
1.2 cawan beras goreng -dimesin halus (orang kedah kat geli-geli)
*Cili Merah
 1cawan udang rebus
 *sedikit lada hitam
Garam secukup rasa

Caranya:
1. Pucuk beko di celur terlebih dahulu sehingga layu dan dipotong halus
2.Mesinkan semua bahan bertanda* hingga halus.
3. Masukkan bahan mesin santan beras kerisik dan udang  gaul bersama
4. Masukkan garam, air asam dan sedikit santan
5. boleh dihidangkan ...

27 Disember 2010

NUGGET ORANG JAWA

 Assalamualaikum. Jom kita cuba resepi ni memang mudah dan menjadi kegemaran anak-anak kat rumah, inilah makanan asli orang jawa kata Mak Mah(Pn Ruminah Sidek).
Bahan-bahannya:
2paket tempe -potong nipis gaulkan dengan garam dan kunyit.
*1/4 cawan kicap pekat
*10 biji cili padi
*5 ulas bawang putih
1 limau nipis
Caranya:
Panaskan minyak goreng tempe hingga garing angkat dan toskan minyak.
Blendkan semua bahan* kemudian perisakan asam limau dan sedikit garam/gula
sedia untuk dihidangkan.





09 November 2010

BILIS TAMBAN TEMPOYAK DAN PETAI

 Bahan;
1 mangkuk  petai
1 mangkuk tempoyak
1 mangkuk bilis tamban
2mangkuk santan
garam
Bahan kisar
2 labu bawang besar
20 tangkai cili api
1 cm kunyit hidup

Caranya;
Masukkan bahan kisar bersama bilis masak hingga mendidih dan bilis lembut.
Masukkan tempoyak, petai dan santan kacau selalu untuk elakkan santan dari pecah minyak.
Perisakan dengan garam sedia untuk dihidangkan.

01 November 2010

TAUHU LEMBUT GORENG

 Assalamualikum, tadi pagi pergi pasar Taman Keladi ternampak la pula tauhu lembut ni,  terus teringat pada my EX BOSS yang baik hati dan banyak tip-tip penjagaan kesihatan yang dia suka cerita kat kita orang, memang best tak jemu kita mendengarnya.Tauhu ini adalah makanan kegemarannya dan dia selalu kirimkan menu lunchnya pada PAR dengan ayat"sat lagi nak keluar tolong beli kat saya tauhu 5 biji ya." Kami pula selalu kata"kenyang ka Pn Hajjah makan tauhu je?" dia akan senyum dan kata "dah berumur ni makan kena jaga".Begitu cepat masa berlalu dan sekarang beliau dahpun pencen.Pn Hajjah sesungguhnya saya amat merindui suasana bersama dengan Pn dahulu, MISS YOU.......Senang je buat tauhu ni, jom kita tengok caranya.

Bahannya:
2 keping tauhu lembut potong 3
Tepung jagung/tepung beras
Sedikit garam

Caranya:
Gaulkan tauhu dengan sedikit garam dan golekkan atas tepung jagung kemudian goreng hingga tauhu perang toskan minyak.

 Bahan sos:
250g kacang tanah(digoreng dan tumbuk  kasar)
*6 ulas bawang merah
*4 biji buah keras
*20 biji cili kering
*Sedikit belacan
* digoreng sebentar hingga wangi
2cm lengkuas dititik
4 batang serai dititik
air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

Caranya:

Kisar halus bahan2 * di atas.
Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan2 yang dikisar halus,serai dan lengkuas yang dititik agak2 dah naik bau..
Masukkan air asam jawa,  garam dan gula .
Masukkan kacang dan gaul rata tambah air ikut pekat yang kita suka ,
Slowkan api dan biarkan kuah kacang ni hingga pecah minyak.
Hidangkan bersama tauhu, lobak merah dan timun.

02 Julai 2010

CENDAWAN GORENG KUNYIT

Assalamualaikum,
Hari ini kita kongsi resepi yang simple ye tapi memang berkasiat anak-anak memang suka  tapi tak ingat intai dari blog mana ye, maaf dah lupa.

Bahannya:
 1 paket cendawan tiram
 1 cili merah-potong
 1 tangkai daun dawang/leek -potong 1inci
 1 bawang besar -potong bulat
 2 ulas bawang putih-potong dadu

 Bahan perisa:
 1cmt serbuk kunyit
 garam secukup rasa
 1cmt garam masala

Caranya:
Gaulkan cendawan bersama bahan perisa biarkan seketika, tumis bawang putih hingga wangi masukkan cendawan bila dah layu masukkan sayuran, Sedia untuk dihidangkan.

SAYUR GORENG TOMYAM

Assalamualaikum,
Resepi yang simple tapi rasanya memang sedap pada tekak my family orang lain tak taulah ye, apapun selamat mencuba.

 Bahannya:
 Carrot
 Bunga cobis
 Daun bawang
 Cili padi
 Cili merah
 Daun limau purut
 Soo hoon-rendam seketika
1 telur
Bawang besar
Bawang putih
2 cmb pes tomyam-dibancun dengan sedikit air 1/2 cawan gitu.

Caranya;
 Panasakan minyak tumis bawang putih masukkan telur gaul hancur. Masukkan pes dan bunga gobis biar layu sedikit masukkan semua bahan lain raul rata dan perisakan dengan garam secukup rasa, tapi Nurr tak letak sebab pes tomyam tu dah masin pada kami la. ok.

30 Jun 2010

CREAMY POTATO WEDGES

Creamy potato ni di copy paste dari photopages Mama Ziezas resepi asalnya dari mamafahmi dah lama teringin nak buat so inilah hasilnya dan kat bawah ni resepinya
CHEESY WEDGES
sumber - Rinnchan

Ingredients :

500g frozen wedges
5 sliced cheese (orange in color) ~ the more the yummier
1 tablespoon butter
1 tablespoon flour
1/2 cup fresh milk
2 tablespoons plain yogurt
Mayonaise

Method :

1. Fry the wedges till crispy. Set aside.
2. Melt butter in a non stick pan over slow fire. Add flour and stir well.
3. Add fresh milk and stir till the mixture thickens.
4. Add in cheese and stir till the cheese melts.
5. Add in yogurt and stir well.
6. Place the cheesy sauce and mayonaise in 2 different piping bag. Pipe onto the wedges. Ready to serve.

19 November 2008

Sayur lemak umbut nyioq

Senang saja cara menbuatnya anak-anakpun boleh lakukannya. Bahannya: santan cair santan pekat umbut lada sulah tauhu bawang besar dimayang halia dimayang cili merah dipotong Caranya: celur dahulu umbut buang airnya. masukkan semua bahan bersama santan cair masak hingga mendidih kacau selalu supaya santan tak pecah minyak bila mendidih masukkan santan pekat perisakan dengan garam.

Mix Vegi With Black Paper Sos

Hidangan berkhasiat yang kaya dengan protin, serat dan vitamin.Sayur kegemaran anak-anak dan Che Abe. Bahannya: 1 ketul dada ayam dipotong kiub dan gaulkan dengan sedikit garam. 2 pokok baby kailan 1 paket jagung muda 1/2 batang karet sedikit bunga kobis 1 cili merah 1 labu bawang besar di potong bulat 3 camb black paper sos 5 ulas bawang putih dipotong dadu / tumbuk kasar. Minyak untuk menumis Caranya: Potongkan semua sayur ikut suka hatilah ye. Panaskan minyak tumis bawang putih bila dah wangi masukkan ayam, goreng seketika. Masukkan sos, karet,jagung dan bunga kobis, kacau sebentar akhir sekali masukkan baby kailan, cili dan bawang. Gaul rata sedia untuk dihidangkan. p/s: saya tak letak garam, bagi yang suka masin sedikit boleh tambah kan garamnya ok.Sayur seeloknya jangan layu sangat ye, nanti vitaminnya hilang, he he...

17 November 2008

PaJeRi

Pajeri Nenas
Bagi orang utara bila sebut Pajeri boleh dikatakan semua orang tahu bagaimana rupa dan rasanya.Bahan utamanya adalah buah biasanya nenas atau terung tetapi bagi orang lama yang kretif buah kedondong, mangga tua, bacang umbut kelapa dan rebung juga digunakan.Bahan yang digunakan sama seperti kari cuma rasanya lebih manis kerana gula digunakan sebagai bahan perasa dan masam terutama bila kita menggunakan buah yang masam.Untuk dapatkan rasa yang lebih sedap biasanya pajeri dimasak pada waktu malam dan dihidangkan esoknya waktu lunch, kata mereka baru mesra rasanya.Biasanya dihidangkan bersama ikan masin goreng seperti ikan tamban atau gelama dan sambal belacan. Jom kita lihat cara dan bahannya dibawah ini.

Bahannya:
1/2 biji nenas dipotong tebal 1 inci @ 2biji terung bulat belah 2
100g udang dibuang kulit (optional untuk memberi rasa yang lebih sedap )
2 paket rempah kari daging
1/2 biji kelapa dijadikan kerisik
1/2 biji kelapa dijadikan santan ( RM1.00 santan)
1 in halia -ditumbuk halus
5 ulas bawang merah -ditumbuk halus
5-6 camb gula
Garam secukup rasa

Bahan tumis:
Minyak masak secukupnya
1 batang kulit kayu manis
2 ulas bawang merah dimayang
2 tangkai daun kari

Caranya:
Satukan rempah dengan bahan tumbuk bancuhkan dengan sedikit santan.
Panaskan minyak tumis semua bahan tumis hingga wangi masukkan rempah tambahkan sedikit air. biarkan hingga rempah pecah minyak
Masukkan santan, kerisik dan udang masak hingga mendidih.
Perlahankan api masukkan nenas, gula garam dan rasanya manis sedikit, biarkan sehingga kuahnya pekat serta buahnya empuk dan pecah minyak.
Sedia untuk dihidangkan.
Pajeri Terung

02 November 2008

Kerabu Umbut Nyioq

Umbut nyioq memang sedap dimakan mentah ataupun dibuat lauk untuk makan bersama nasi.Zaman dolu kalau ada kenduri kawin kat kampung selalu gak ada menu ni kerabu umbut, tapi sekarang ni susah dah nak dapatkannya. kat bawah ni resepinya stail orang utara Bahannya agak-agak je: umbut kelapa potong dan celur seketika sambal belacan sedikit air asam jawa santan kerisik beras goreng di mesin kerisik kelapa di mesin halus bawang merah dimayang halia dimayang kerang rebus/udang/perut lembu(kitab) yang mana sukalah ye gula garam secukup rasa Caranya: Satukan semua bahan gaul rata perisakan dah sedia untuk dihidangkan.

18 Ogos 2008

Tom Yam all in one

Ini adalah masakan kegemaran my son tom yam.Ni kira masak orang malas campur semua sayur dengan udang, ayam dan sotong satu lauk je semua ada.