
My son Farihin Iskandar bin Abdul Wahab.7 tahun menanti untuk dapatkannya alhamdulillah akhirnya ini anugerah ilahi buat ku dan suami. Seorang anak yang petah berbicara. Apa yang menariknya tentang anak ni adalah namanya Mawi bila orang tanya sapa namanya. Aku dan suami tak pernah mengajarnya cuma kami perasan waktu kecilnya bila tengok gambar Mawi kalau dok nangispun mesti berhenti terus je diam dan senyum sendirian.Sesuatu yang tak boleh ku lupakan ialah sewaktu dia demam, biasanya kami akan ke klinik jumpa dengan Uncle Dr Singh.Bila tiba je gilirannya nurse panggil namanya Farihin Iskandar terus je bangun dengan muka yang nak marah "bukan farihin la Mawi", tersenyum nurse tu sehinggalah hari ni kalau ke klinik si kakak tu mesti panggil Mawi.Nak tau apa Mawi nak jadi bila besar nanti? bukannya nyani macam Mawi ya katanya nak jadi CHEF macam mama katanya.Inagt lagi aku waktu tu usianya 4 tahun katanya "Mama, mawi lapar nasi ni" waktu tu baru pukul 10 pagi dah sarapanpun. aku lak sibuk menjahit kataku"sat gi la mama masak nak siapkan baju ni dulu". Bila dah siap akupun terus ke dapur untuk mmasak nasi, terus pegang periuk nasi ya allah panas, buka periuk ya tuhan nasi penuh periuk dah masak. Terus je anak ku menjawab "mawi suruh mama masak tak mau jadi mawi masak la sendiri, Mawi pandaikan mama".Terus tanyanya Mawi buat camna ni,jawabnya" Mawi basuh macam Mama buatla 3 kali masa nak tuang air Mawi tapis la macam along fitri buat tu".Rupanya anak ku ni seorang pemerhati yang ambik tau apa yang kita oarang buat selama ni.Dia juga yang beri gelaran Chef Mama untuk ku, walaupun aku ni takde la pandai sangat masak, tetapi selepas apa yang dia makan kena dengan tekaknya or dia bau wangi masakan ku katanya "sedapnya chef mama masak ni Mawi sukalah.Yeh, kembang la aku but sekiranya masakan tu tak kena dengan tekaknya bila kita tanya"sedap tak? nak tau apa katanya "kalau mama tambah garam sikit bagi masin lagi sedap" or kalau dia tak suka dengan makanan tu bila kita ajak makan katanya" Mawi posa la hari ni".
Ya itulah kata orang anak2 tu adalah anugerah, sungguh menghiburkan hati. Insyaalah akan ku bentuk dan gilap potensi yang ada pada anak bertuah ni untuk menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat, amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan