31 Julai 2012

ROTI JOHN

 Assalamualaikum salam Ramadhan hari ini dah 11 hari kita berpuasa. Entry kali ini Roti John yg amat popular di bazar2 Ramadhan. kali ini kak Nurr buat sendiri baru puas hati kita boleh letak apa yang kita suka dan dijamin bersih dan halallan cara penyediaannya.

Resepi asal: Roti John Bonda dari my resepi tapi dah diolah dgn bahan yg ada kat umah...

Bahan-bahan ( 4 orang )

4 biji roti frankfurter (belah dua-tp jgn belah habis)
200gm daging lembu--dipotong dadu dan dibersihkan (guna daging cincang pn bleh,tp guna daging biasa/fresh lg best) guna daging cincang
3 ulas bawang puting--dihiris
2 sudu besar kari daging
3 biji telur
kobis dan lobak merah-- tambah daun salad ganti gobis 
3 helai daun sup--dipotong halus -daun bawang
mayonis, sos cheese
sos cili
sedikit marjerin utk disapu pd roti dan untuk memasak isi roti john
garam secukup rasa
1/2 kuib ayam- xletak
1/2 sudu besar serbuk lada hitam - xletak  
Teks yg merah tu bahan yg di olah oleh kak Nurr...

Cara-cara

  1. Masukkan campuran daging kisar td kedlm bekas,bawang putih gaulkan bersama 2 sudu kari..tambahkan kuib ayam dn sedikit garam setelah sebati,tutup bekas dan perap selama 1 jam dlm peti ais.
  2. Pukul telur hingga sebati dan tuangkan telur kedalam daging yg telah diperap td..letakkan daun bawang  digaul sebati
  3. Panaskan kuali...sementara tu,sapu laa marjerin pd roti dan letak atas pan burger..agak2 kekuningan roti leh la angkat..and letak marjerin sikit atas pan,bila dah panas..lengserkan bancuhan telur dgn daging td pada pan tu..lengser agak2 muat utk letak pd roti..
  4. Api sederhana je tau..sementara itu terus letak roti td secara terlangkup pd telur n daging yg dh diletak atas pan td,supaya telur dan daging melekat terus pada roti..dan gorenglah hingga daging n telur betul2 masak..
  5. Akhir sekali bila dh masak,angkat roti dan sapukan roti dgn mayonis,tambahkan salad dan lobak merah..serta cili sos. dan sos cheese .ok dah siap..sedia dihidang.
Cara untuk buat cheeze sos jom semak caranya....
Bahannya:
10 slice cheese (orange in color)
2 cam teh butter
2 cam teh tepung jagung-cairkan dgn sedikit susu
1 cwan fresh milk
4 cam teh yogurt asli

 Caranya:
1.Cairkan butter masukkan susu dan tepung.
2. Kacau selalu sehingga adunan sedikit pekat.
3. Masukkan cheese kacau sehingga cheese cair.
4. Masukkan yoguart kacau sebentar tutupkan api.
5. Siap untuk dihidangkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan