Memaparkan catatan dengan label Aneka Nasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aneka Nasi. Papar semua catatan

12 Julai 2014

NASI ULAM KEDAH


Biasanya nasi ini popular di bulan puasa. Sekiranya anda berkesempatan ke bazar Ramadan ramai yang akan menjual nasi ulam ini. Lagi banyak jenis daun ulam yang digunakan lagi sedap rasanya, ada juga orang tua-tua dahulu panggil nasi seratus kerana ia menggunakan 100 jenis ulam.Keenakannya akan lebih dirasai bila ia dimakan bersama sayur keladi.

Bahan ulam:

Daun kesom,daun kadok, daun selom, daun pegaga, daun putat, daun cemumar, daun samak, daun bebuas,daun kunyit, daun mengkudu, daun sekentut, daun lemuni, daun ulam raja,daun kunyit daun cekur,daun kopi,daun beluntas,daun inai, daun mambu,daun kari,daun jintan hitam dan apa-apa daun la yang boleh buat ulam

*semua daun ini dipotong halus seperti kita membuat bunga rampai.


Bahan diparut halus:

Serai, lengkuas, halia dan bawang besar.

Bahan tumbuk halus:

Lada hitam
Kelapa digoreng kemudian tumbuk kasar (jangan sampai halus seperti kerisik)
Ikan tenggiri masin/ikan talang/ikan gelama( di goreng)

Bahan perisa:

Limau nipis dan sedikit garam

Caranya:

 Campurkan semua bahan tumbuk dan parut kedalam mangkuk.
Masukkan jus limau  gaul rata masukkan daun yang telah di potong tadi perisakan dengan garam.
Bila dah siap gaulkan degan nasi yang telah di sejukkan dahulu.


Sayur Keladi
4 batang keladi disiang dan dicelur. 
200g udang basah sederhana.
2 ekor ikan kembung dibakar dan ambil isinya sahaja

Bahan mesin
5 tangkai cili merah
10 ulas bawang merah 
1cm belacan
1camb lada hitam 

6 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa 
1 biji buah pinang-belah 2 (untuk mengelakkan rasa gatal keladi)
Daun kesum

Caranya:
Semua bahan yang dimesin direbus hingga mendidih.
Masukkan keladi, asam keping,buah pinang, ikan  dan udang.
Perisakan dengan garam dan masukkan daun kesum.

06 Oktober 2012

Nasi Arab Hujan Panas

Bismillah...
Entry kali ini Kak Nurr nak kongsikan satu resepi nasi arab yang mudah diubah suai menjadi nasi hujan panas.Kebetulan rempah ratus masih banyak dekat rumah ni, kak Nurr buatkan nasi ini dimakan bersama ayam panggang, salsa dan sup.Jom kita lihat caranya.
Bahan-bahan:
3 cwan beras basmathi basuh dan rendam 15-20 minit toskan
4 cwan air rebusan ayam(rebus ayam bersama rempah2 nasi arab)
garam secukup rasa
Pewarna kuning, hijau dan merah
Bahan tumis A
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan } disimpul
3 camb minyak sapi
2camb minyak masak
Bahan tumis B:
6 ulas bawang merah } dikisar
4 ulas bawang putih } dikisar
1 sm halia } dikisar
2 batang serai dikisar

Caranya:

  1. Panaskan minyak masukkan bahan tumis A dan B kacau sehingga wangi.
  2. Masukkan air rebusan ayam biarkan mendidih masukkan beras dan sedikit garam.Bila air dah mula kering tuangkan pewarna pada 3 tempat yang berlainan tutup periuk.
  3. Bila nasi dah masak gaulkan dengan garfu perlahan2 untuk mendapatkan nasi yang berwarna warni                                                
Selamat mencuba....

29 September 2012

NASI DAGANG


Bismillah...
Entry kali ini resepi nasi dagang mak angkat kak Nurr dari Terengganu Alhamdulillah kebanyakkan resepi Pantai Timur kak Nurr belajar dari keluarga ini kerana kak Nurr memang suka makanan dari Pantai Timur klasik..Jom kita tengok cara membuatnya
 
Bahan-Bahan:
3 Cawan Beras Siam
1 Cawan Beras Pulut
1 Cawan Santan Cair
1 Cawan Santan Pekat
3 Ulas Bawang Merah(dihiris halus)
1 helai daun pandan
1 inci Halia(dihiris halus)
Sedikit halba
Garam Secukup Rasa

Caranya:
  1. Beras dan beras pulut  direndam selama 4-6 jam ditoskan
  2. Kemudian dikukus selama 1/2 jam. sehingga nasi masak
  3. Angkat dan masukkan santan cair serta digaul rata dan masukkan daun pandan dikukus sekali lagi hingga masak.
  4. Angkat dan masukkan santan pekat,halba, bawang merah,halia dan garam secukup rasa kemudiannya digaul rata.

Selamat mencuba......

07 September 2012

Nasi beriani


Nasi beriani menjadi kegemaran seisi keluarga kak Nurr terutamamya beriani kambing, kali ini kak Nurr buat salah satu resepi yang mudah untuk beriani pada adik2 dan anak2 yang baru nak belajar memasak cubalah insyaallah menjadi nak senang lagi gunakan peruik nasi letrik cuma masa nak tumis letakkan atas dapur biasa bila air dah mendidih alihkan ke periuk letrik tekan butang tunggu masak je. Selamat mencuba...
Bahan-bahan:
3 cwan beras basmathi basuh dan rendam 15-20 minit toskan
3 cwan air
1 cwan susu cair
1/2 cwan tairu (plain/natural yogurt)
garam secukup rasa
Bahan tumis A
1 inci kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan } disimpul
2 tangkai daun pudina } dihiris sepanjang 2 cm
3 tangkai daun ketumbar } dihiris sepanjang 2 cm
3 camb minyak sapi
2camb minyak masak
Bahan tumis B:
4 camb rempah beriani
6 ulas bawang merah } dikisar
4 ulas bawang putih } dikisar
1 sm halia } dikisar
2 batang serai dikisar

Bahan hiasan:
50 g gajus } digoreng
50 g kismis
1 sudu besar air mawar
sedikit pewarna kuning/safron
sedikit bawang goreng } hiasan

Cara membuat:
Panaskan minyak dan tumis  bahan A  hingga naik baunya, masukkan bahan tumis B kacau hingga pecah minyak
Masukkan daun pandan, air, susu cair, garam dan yogurt, Setelah mendidih, masukkan beras dan tutup periuk.gemburkan nasi dgn garpu masukkan safron dan air mawar.
Bila nasi masak taburkan bahan hiasan sedia untuk dihidangkan...

13 Ogos 2012

NASI TOMATO


 Assalamualaikum entry kali ini kak Nurr masukkan nasi tomato resepi ada banyak resepi  dan cara memasak nasi tomato kali ini kak Nurr tukil resepi dari chef Joha Hasan,  kak Nurr dah ubah suai sedikit bahannya mengikut apa yang ada kat rumah, satu resepi yang sedap menjadi kegemaran anak2 kak Nurr
Bahan:
 1 kg Beras Basmati  - direndamkan beras selama 20mins
1 botol kecil  yogurt 
2 biji tomato dipotong dadu kasar2
1 tin kecil tomato puree (kimball)
Bahan tumis:
2 biji bawang besar - dihiris2
1 genggam duan pudina (petik duan2nya)
3 akar duan ketumbar - ditumbuk lumat dengan bawang putih
4 ulas bawang putih - ditumbuk dengan akar ketumbar
10 biji bawang merah - hiris
 2 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
8 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
2 sudu teh jintan halus
2 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk kari - kak Nurr gantikan dgn rempah beriani
3 ikat daun pandan
2 cawan stok daging / ayam
Garam secuckup rasa
1 tin sederhana Minyak sapi atau Mentega & 3 sudu besar minyak masak

Bahan hiasan:
sedikit gajus dan kismis goreng sebentar dlam minyak sapi ketepikan.
bawang goreng
daun ketumbar
Cara2nya
Panaskan minyak  masukan bahan2 bawang hiris, bawang putih, akar ketumbar, rempah (4 kawan) daun pandan, tomato buah, puree dan yogurt. 
Goreng bahan2 nya hingga bau harum, letakan garam secukup rasa. 
Masukan beras dan gaulkan pelahan supaya sebati. Bubuhkan daun ketumbar & daun pudina. 
Tuangkan air stok daging/ayam cukup untuk menanak nasinya.
Tutup periuk biarkan nasi nya masak. 
Bila sudah masak, taburkan bawang goreng,gajus, kismis dan daun ketumbar.


Kak Nurr hidangkan nasi bersama ayam goreng berempah, ayam masak merah dan jelatah timun dan nenas.

09 Ogos 2012

Nasi Jagung Ayam Hainan.

 Assalamualaikum hari ini kak Nurr masak nasi jagung yang dikawinkan dengan ayam hainan dihidangkan ala-ala nasi ayam cuma nasinya telah diganti dengan nasi jagung resepi nasi kakNurr dapatkan dari chef Joha Hassan dr Sg dan resepi ayamnya dari chef Faizal Ng

 Bahan:
1 kg Beras Basmathi, direndam dalam 20mins
1 tin susu cair
 3 batang jagung segar
3 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar minyak masak 
 2 biji bawang besar  di hiris2
Garam secukup rasa
4 helai daun pandan, di ikat 2
Rempah kisar 
gajus dan badam, bawang putih,halia, kunyit dan daun ketumbar bersama akarnya
1 sudu teh serbuk masala.

Cara:
Panaskan minyak di periuk, letakan rempah2 yang di kisar, serbuk masala, daun pandan dan bawang besar hiris. Biarkan ia goreng hingga bangkit baunya. Tuangkan susu cair dan beras basmathi. Tambahkan air nya dan letakan garam secukup. masak di api yang sederhana.


  Bahan perap untuk ayam: 
 100gm sos tiram, 
 1sb madu, 
 1sb jus bawang putih, 
 2 kiub pati ayam,
 3sb kicap manis,
 1sb kicap pekat,
 1/2sb minyak bijan, 
Bahan sos
  8btg cili merah,
  4biji bawang putih, 
  50gm sos cil
  3 camb cuka. 
  1sb gula  
Kicap nasi ayam: 
 50gm sos tiram, 
 30gm kicap manis, 
 1 sb kicap pekat,  
Sup nasi ayam: 
sadery,bawang merah,tomato,putik jagung,karet

Cara:

Untuk ayam: Rebuskan ayam selama 15 minit,kemudian angkat dan sejukkan...kemudian masukkan ke semua bahan2 dan perap..kemudian masakkan dengan api yg perlahan..
Untuk sos:kisar cili merah dan bawang putih,tuang di dalam bekas dan masukkan cuka,cili sos dan perisakan garam
kicap nasi ayam: masukkan kesemua bahan2 di dalam sous pot dan masak..
sup nasi ayam: masukkan minyak,tumis bawang putih dan bawang merah,kemudian masukkan stok ayam dan perencah sup,dan masukkan semua bahan sayuran.

06 Ogos 2012

LONTONG

 Assalamualaikum, selamat berpuasa dan selamat meraikan Nuzul Quran ada negeri2 yg bercuti.Bagi kak Nurr di Kedah tidak cuti sebab Kedah meraikan 1 Ramadhan. Entry kali ini nasi impit atau lontong yang dimakan bersama sayur lodeh, sambal kelapa dan sambal kacang/ sambal bilis ataupun sambal goreng.Resepi ini kak Nurr tukil dari buku  Rampairasa selatan daripada Pn Asiah Samsudin dah lama buku ni tahun 1993. 

Sayur Lodeh:
5 batang kacang panjang- dipotong serong
1/4 sengkuang- dihiris nipis
2 keping pucuk-rendam
1 bungkus suhun-rendam potong
 keping tempe-potong dadu goreng
2 ketul tauhu-potong dadu goreng
1 biji kelapa asingkan santan pekat dan cair.

Bahan Kisar:
5 sudu makan udang kering (rendam sebentar)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 cm lengkuas
1/2 cm halia
1 cm kunyit hidup
(Kisar semua bahan di atas hingga halus)

Bahan tumis
1 btg serai (dititik)
2-3 helai daun salam
2 senduk minyak atau secukupnya
garam secukupnya

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga garing. Masukkan daun salam dan santan cair . Kemudian masukkan sayur-sayuran tadi bersama tempe, garam & gula. Kacau sekali sekala dan biarkan ia mendidih. Perhatikan agar kuahnya jangan 'pecah santan'. Setelah itu, masukkan tahu goreng dan tempe. Masukkan santan pekat kacau selalu.Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Matikan api setelah sayurnya lembut. Hidangkan bersama hirisan lontong, serunding kelapa, sambal tumis bilis/ sambal kacang.



Serunding kelapa;
1 biji kelapa putih (diparut) – atau beli yg dah parut.
Bahan Kisar2 sudu makan udang kering (direndam)
2 batang serai
1½ cm lengkuas
1 biji bawang besar
5 ulas bawang kecil (merah)
4 ulas bawang putih
3 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan halus
1 sudu makan jintan kasar
12 batang cili kering
1 sudu teh serbuk kunyit
(Kisar semua bahan di atas hingga halus)

5-6 sudu makan gula /gula melaka (atau secukup rasa)
1 sudu makan air asam pekat
garam secukup rasa
beberapa helai daun limau purut
minyak utk menumis

Cara: Kelapa parut disangai sebentar hingga kekuningan sedikit. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik bau.
Sesudah itu, masukkan gula, air asam, garam dan daun limau purut dan terus kacau hingga rencah pekat sedikit. Akhir sekali, masukkan kelapa. Kacau rata-rata dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda.Tambahlah apa-apa yang perlu.

04 Ogos 2012

CUMIN RICE

Assalamualaikum 
Resepi ini kak Nurr dapatkan dari blog Lydia Honey.http://lydiahoney2003.blogspot.com/Nasi arab ni memang menjadi kegemaran keluarga kak Nurr kerana penggunaan beras basmathi  yg lembut dan kurang kanji.Jom kita tengok bahan dan caranya...
Note: Kak Nurr buatkan ayamnya dahulu kemudian stok ayam tu kak Nurr gunakan untuk memasak nasi 

CUMIN RICE
1 1/2 cawan basmathi- cuci, rendam ngan garam selama 1 jam & toskan
1/2 tsp yellow food coloring
1 ketul kiub ayam MAGGI
1 kuntum bunga cengkih*
2 biji cardamom*
1 btg kulit kayu manis*
1/4 tsp cumin powder*
1/4 tsp corainder powder*
1/4 tsp Arabic mixed spices
1/2 camt cumin seeds*
2 camb minyak masak
1/2 tsp rose water
Air secukupnya

Toasted Pine nuts/alamonds
Fressh chopped Corainder leave- taburan/garnishing
(kak Nurr xletakpun )

Caranya:
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap.
Masukkan beras dan goring hingga semua bersalut selama 1 minit dan masukkan air panas/ stock ayam secukupnya.
Bila dah hampir kering cam nampak lubang2 air kat atas permukaan nasi tu, titiskan pewarna dan rose water, biarkan nasi ditanak seketika sehingga kering sedikit.
Gemburkan sedikit dan tanak semula seperti biasa dengan api yang paling kecil sehingga benar- benar masak.
Bila nasi dah masak dalam 10-15 minit, matikan api dan biarkan 5 minit jangan dibuka penutupnya.
Selepas 5 minit buka penutup periuk dan dembur- gemburkan sedikit nasi dengan garfu.
Tuangkan nasi di atas pinggan/ talam hidangan, taburkan pine nuts/almonds dan daun corainder**.
Sedia untuk dihidangkan bersama ayam bakar, salad, salsa tomato dan maraq ataupun sup kegemaran anda.
Selamat mencuba..



Bahan perap ayam:
1/2 ekor ayam- potong 2, cuci, rendam dengan cuka putih, bersihkan dan tos
1 helai daun bay
2 biji cardamom pods
1 biji bawang besar-potong 4
1 ulas bawang putih- potong 2
1/4 camt arabic mixed spices
1/4 camt corrainder powder
1/4 camt cumin powder
1/2 camt salt( secukup rasa)
air secukupnya untuk merebus ayam
Masukkan kesemua bahan di dalam periuk dan rebus sehingga ayam benar- benar empuk/ masak.
Matikan api, asingkan ayam dari stock dan ketepilkan.


Campurkan secubit cumin powder, garam dan black pepper powder bersama sedikit minyak zaitun dengan pewarna.
Lumurkan rata pada ayam dan susunkan ayam di atas tray, bakar dalam oven yang telah di panaskan selama 5-10 minit (180C), api atas bawah hingga golden.


Ayam diperap dgn safron dan dipanggang

Sambal tomato mesin tomato bersama cili merah atau cili padi kemudian perisakan garam.

01 Januari 2011

SALAM TAHUN BARU & NASI MANDY

Assalamualaikum, salam tahun baru semoga tahun ini kita akan sihat, aman dan makmur untuk menjalankan kewajipan kita sebagi kalifah di bumi bertuah ini. Ini menu tengah hari tadi.


Nasi mandy adalah sajian istimewa masyarakat Arab di kota suci Mekah al-Mukarramah resipi sumbangan dari Rosidah dan Rozilah Nasiron yang menetap di Mekah.Nasi dimasak ala nasi beriani tapi bila airnya dah kering kita masukkan bara arang yang di balut dengan foil dan masukkan ditengah nasi.Maal laban  pula berkhasiat untuk menurunkan panas badan setelah menikmati daging kambing. Sambal pula sebagai pelazat hidangan. Resepi ini di ubah suaikan sedikit mengikut selera keluarga Kak Nurr ye, kita makan dengan dalca, ayam pandan dan maal laban.
Bahan:
1 ekor ayam/ 2kg kambing
 3 btg kulit kayu manis
1 camt jintan manis
1 camt lada hitam
1 camt cengkih
 5 biji buah pelaga
 6cm lengkuas
Daun pandan (di ubah suaikan)
 *Safron/ pewarna kuning
 *Air mawar + butter/minyak sapi sedikit.
 Gula dan garam secukup rasa.
Caranya:
 Rebus ayam / kambing bersama semua bahan kecuali yang *.sehingga daging lembut angkat dan toskan.
Lumur ayam/daging bersama bahan yang bertanda*perap 1/2-1jam.
Bakar ayam hingga kuning jangan terlalu lama nanti kering.
(Kak Nurr tak bakar ayam tu tapi balutkan ia dengan daun pandan dan goreng sebentar)
 Bahan nasi
2 tin susu beras basmati- basuh dan rendamkan 20-30 min toskan.
2- 2 setengah  tin susu air rebusan ayam.
1labu bawang besar-mayang halus
 3 ulas bawang putih-mayang halus
*Safron/ pewarna kuning
*Air mawar + butter/minyak sapi sedikit
 minyak untuk menumis
Arang yang dibakar(masukkan dalam aluminium foil)
Caranya:
Panaskan minyak tumiskan bawang hingga wangi masukkan air rebusan ayam garam dan gula untuk perisa.
Bila air mendidih masukkan beras, bila air kering buat kan lubang dibahagian tengah nasi taburkan safron/ pewarna kuning dan masukkan arang ditengah nasi.
Tutup periuk dan tanak diatas api yang sederhana sehingga masak.
Nak senang pakai periuk letrik je.
Note: Nasi ini tahan lama 2 haripun tak basi
 dan harum baunya


MAAL LABAN
JELATAH MAAL LABAN
1cup yoguart asli
1 ulas bawang putih cincang halus
1labu bawang besar- mayang halus
1 batang timun-buang empulur potong dadu
1 tomato -buang biji mayang halus
sedikit garam dan serbuk lada hitam.
5 cili merah
Caranya;
Gaulkan semua bahan sedia untuk dihidangkan.

SAMBAL TOMATO ( Kak Nurr tak buatpun)
2 ulas bawang putih
1 biji tomato- buang biji
*garam dan air perahan limau nipis
Caranya:
Kisarkan semuan bahan diatas dengan sedikit air kecuali bahan *perisakan dengan garam dan air limau.

29 Oktober 2010

NASI LEMAK KUKUS


Assalamualaikum, ini menu pagi tadi nasi lemak kukus dari Pn Azizah resepi orang Melaka tapi dok kat Penang.Jom tengok resepinya.

 Bahannya:
Beras 6 pot  rendam 2jam ( kak nurr rendam dari pukul 11malm sampai 3pagi)
Santan 1mangkuk dari sebiji kelapa.
3-4 helai daun pandan.

Halia*
bawang merah*
halba ni saja kak nur tambah untuk kasi wangi
gula dan garam ni wajib tau
*mayang halus.


Caranya:
Toskan beras kukus sehingga  beras kering,
Keluarkan dan rendam dalam air sehingga air sejuk, masa ni beras akan mengembang cantik.
Kukus semula beras  hingga masak.
Angkat gaulkan dengan santan yang dah di campur dengan semua bahan * dan daun pandan  dkukus lagi dalam 10 min.
Sedia untuk di hidangkan.

Nasi lemak kukus ini lambat basi jika dibandingkan dengan masi lemak biasa. cubalah memang tak mengecewakan.... sedap dimakan bersama sambal udang dan ayam goreng nyonya. Nak resepi cari kat post dulu-dulu ye.

Sambal Udang
Ayam goreng Nyonya


09 Oktober 2010

NASI TOMATO SEGAR

 Assalamualaikum, jom cuba masak nasi ni yang menggunakan buah tomato segar, sekarang ni tomato murah  1kg RM 2.99 je bukan sekadar murah tapi khasiatnya banyak terutamanya untuk kulit.


Bahannya:
5 tin susu beras basmathi- (basuh dan rendamkan 15 minit toskan)
4 tin susu air
1 tin susu cair
7 biji tomato segar- dadukan halus


Bahan tumis 
2 camb minyak +30gm butter or minyak sapi.
4 sekawan(bunga lawang. cengkih, pelaga, kayu manis)
3 biji bawang besar- dadukan
2 in halia- mayang halus
3 daun pandan
3 batang serai- titikkan

Caranya:
 1.Panaskan minyak tumis bahan hingga wangi masukkan tomato,kacau hingga tomato hancur.
2. Masukkan beras gaul rata masukkan air setelah mendidih masukkan susu, garam dan sedikit gula.
3. Tutup periuk setelah masak boleh gaulkan dengan kismis atau kacang peas jika suka, tapi kak nurr tak letakpun.


Cara 2:
1.Masukkan beras dalam periuk nasi letrik +air dan susu masak seperti biasa.
2. Panaskan minyak dalam kuali tumis semua bahan bila wangi masukkan tomato gaul hingga hancur masukkan garam dan gula curahkan dalam periuk nasi, masak seperti biasa.



08 Oktober 2010

DEMO KETUPAT PALAS

 Assalamualaikum semua, salam akhir Syawal  maaf zahir dan batin.Ramadan berlalu pergi begitu juga Syawal dan sekarang sibuk dengan musim naik Haji untuk para muslimin dan muslimat yang terpilih didoakan semoga sihat sejahtera dan dapat menunaikan ibadat rukun wajib dan sunat dengan sebaik mungkin, insyaallah amin. Disini Kak Nurr ingin kongsikan bagaimana cara nak membalut ketupat palas yang amat popular terutamanya di kawasan utara. Ketupat ni ada 2 jenis betina dan jantan kalau balut jadi betina maknanya tidak jadi kerana ia akan masuk air bila kita merebus nanti. Jom kita tengok caranya:
1.Lipat daun seperti kelongsong.
2. Ambik sedikit pulut masukkan kedalam dan padatkan ia.
3. Penuh daun dengan pulut.


4.Tolak daun kedepan.
5.Pusing daun turun kebawah.
6.Tarik daun ke depan anda dan pastikan bucu daun tiada lubang.

7.Sisip daun ke dalam.
8. Masukkan sedikit pulut dalam poket.
9. Tarik daun dan kemaskan.
10.Pintal daun dan ikat pada bucu ketupat.
11. Inilah hasilnya  dah siap .

RESEPI KETUPAT PALAS:
Bahannya:
3 kg beras pulut 
6-7 biji kelapa parut yang putih sahaja.( santan)
3-4 helai daun pandan
Kacang ketupat (direbus )
garam dan gula secukup rasa
Daun palas secukupnya

Caranya:
1.Tanak  pulut hingga separuh masak dan masukkan kacang gaul rata dan sejukkan.Bila dah sejuk balutkan ketupat.
2. Masak air dalam periuk hingga mendidih masukkan ketupat tutup periuk kacau sesekali.
3.Rebus sehingga air kering dan keluar minyak.
4. Atau cara lain kukuskan ketupat sehingga masak.









30 Jun 2010

NASI BRIANI CHEF BRO ROZZAN SG

Assalamualaikum semua,
Hari ni kita kongsi resepi dari BroRozzan SG,dah banyak kali  buat, memang sedap cuma dari segi warnanya tak serupa ye la air tangan tu tak samakan Bro, betul tak?

Bahan-Bahan Utk Nasi
1 kg beras basmathi (rendam 15 minit dan toskan)
air - sama sukatan dgn beras
2” kayu manis, 3 biji cengkih, 3 biji pelaga

1 biji bawang besar }
3 ulas bawang putih }
½ inci halia } … Kisar semua bahan
15 biji badam & gajus (kisar) - abaikan takde stok kat rumah.
4 sudu makan minyak sapi
garam secukup rasa
sedikit daun ketumbar
½ tin susu cair
¼ botol air mawar
sedikit koma-koma (optional) atau pewarna kuning – campurkan pada air mawar

Cara 1
Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan bahan kisar bersama cengkih, pelaga & kayu manis dan tumis sehingga garing. Kemudian masukkan badam/gajus kisar, kacau lagi. Masukkan air, susu cair, daun ketumbar dan bubuh garam secukup rasa. Tutup periuk dan biarkan mendidih.*

Kemudian masukkan beras dan kacau rata sebentar saja. Tutup semula periuk dan biarkan hingga nasinya hampir masak (airnya kering). Kacau rata-rata dan bubuh air mawar/pewarna. Tutup periuk dgn sehelai kain putih yg telah dilembabkan dgn air. Kemudian tutupkan dgn tudung periuk tadi dan tindihkan dgn bahan berat seperti lesung tumbuk. Kecilkan api. Bila kelihatan wap keluar dari periuk tadi, tandanya nasi sudah masak. Kacau nasi lagi dan bahagikan kepada 3 bahagian.

Cara Melapis Nasi ( ini nurr tak buat malas)
Gunakan periuk lain yg lebih besar. Masukkan satu bahagian nasi briani tadi dan ratakan dlm periuk. Kemudian bubuh sedikit daging ke atasnya dgn sedikit rempah (masala) nya. Tuangkan satu lagi bahagian nasi, ratakan dan bubuh lagi daging. Akhir sekali, bubuh bahagian nasi yg ketiga lalu ratakan. Tutup periuk dan biarkan sebentar. Setelah itu bolehlah dihidangkan.

Cara 2Setelah campuran air mendidih *, tuangkan ke dalam periuk nasi elekrtik (rice cooker). Kemudian masukkan beras dan kacau sedikit. Biarkan hingga nasi tanak lalu dikacau dan bubuh air mawar/pewarna. Kemudian, tutup semula tudung periuk rice cooker dan biarkan sehingga nasi masak. Kalau ingin melapis dagingnya, caranya sama seperti di atas.

20 Mac 2009

PULUT NYIOQ & IKAN KERING

Ini adalah menu sarapan pagi tadi. Pulut kukus yang digaul dengan nyiuq(kelapa parut)dan sedikit garam, makan bersama ikan gelama kering dan air kopi panas kopi pula yang buat sendiri kopi tumbuk, wangi bau kopi,ahhh sedapnya.Ini juga nostalgia zaman bebudak dulu,menu ni amat popular misim kerat padi,makan kat tengah bendang dok rehat atas jerami, memang best. la ni mana ada semua tu, tanya anak jeramipun depa tak tau.

21 September 2008

Nasi Masala + kurma kambing

Tak tau nak masak apa untuk berbuka, tut2 my son tanya "Ma kat rumah kita ada lagi tak daging kambing,ayang nak suruh mama masak kurma la" Akupun terus buka frozen cari dan ada lagi kambing terus je masak kurma ni resepinya 500g daging kambing-rebus dahulu. 50g rempah kurma 5 biji bawang besar- 1 potong baji, 4 blend 2in halia - blend 3 cili hijau -blend 3 buah keras - blend 1 cawan tairu /susu cair 50g badam serbuk rempah 4 sekawan 1 daun pandan 3 camb minyak sapi minyak untuk menumis gula dan garam secuklup rasa 1 camb air limau nipis Panaskan minyak tumis rempah 4 sekawan + daun pandan + 1 senduk bahan yang diblendkan bila dah wangi masukkan rempah + air esdikit.Bila rempah dah pecah minyak masukkan lebihan bahan blend tadi bersama dengan daging. masukkan tairu jika perlu + sedikit air masak hingga daging lembut, perisakan dengan garam masukkan badam kisar bawang air limau nipis dan minyak sapi.Sedia untuk dihidangkan Kurma dah masak nak makan dengan nasi la pulak, Ni resepi nasi masala 4 cawan beras-basuh dan rendan 10 minit-toskan 5 1/2 cawan air- kalau suka nasi keras sedikit kurangkan air 1/3 cawan 3 tomato -potong dadu kecil 4 camb rempah masala* 4 labu bawang besar* 1 ulas bawang putih* 1 in halia* 2 serai* 1/2 cawan minyak 1 daun pandan rempah 4 sekawan sedikit pewarna kuning 3 camb susu pekat manis garam secukup rasa. * blendkan semuanya Panaskan minyak tumis bahan yang diblend tadi masukkan rempah 4 sekawan daun pandan, bila dah wangi masuk tomato biar hingga tomato layu or hancur, masukkan beras gaul rata masukkan air + garam dan susu pekat manis. Bila air dah kering gariskan tengah masukkan pewarna jangan gaul pewarna biar nasi masak baru gaulkan nasi dan sedia untuk dohidangkan.