20 Ogos 2008

Lapis kentang

Lapis kentang ni memang kegemaran cik abang.Lebihan dari tempahan untuk majlis bacaan yassin masuk rumah baru Ustazah Nani dari Terengganu untuk Nani semoga selamat dan gembira dah tinggal kat rumah sendiri tahniah. Kat bawah ni resepinya

Bahannya:
4 Biji kentang rebus
250g gula pasir
225g tepung beras
100g tepung gandum
50g tepung ubi/tang ming
1500g santan + sedikit garam
1 camb milo + nescafe 1/2 camb
minyak masak 1 camt
pewarna kuning

Caranya:
Blendkan semua bahan kecuali milo dengan pewarna dengan 500g santan.
Campur dengan baki santan bahagi 2 tambah milo dan pewarna.
Bolehlah melapis seperti kita buat kuih lapis biasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan