
Gambar atas dikenali dengan cream puff or choux dan kat bawah lebih dikenali dengan eclair.

Kalau dengar pada namanya pasti kita akan mengatakan ia adalah kuih yang berlainan tapi sebenarnya adalah orang yang sama cuma diberi nama berlainan mengikut lokasi ia dibuat terutamanya dibaratlah ye, kalau tak silap saya ia mulanya diperkenalkan di Rome.Cara menghidangnya juga unik dengan menyusunnya bertingkat seperti gunung.pada yang nak mencuba dibawah ini resepinya.
Bahannya:
100g butter.
250g air.
200g tepung gandum
300g telur
sedikit vanilla esen.
Panaskan butter dengan air hingga mendidih, masukkan tepung kacau hingga sebati atau sehingga tiada lagi gentelan tepung.Matikan api dan biarkan suam.Masukkan dalam mangkuk adunan dan putar sambil masukkan telur sedikit sedikit sehingga adunan berlkilat dan sebati.Sapukan loyang dengan butter biar banyak sedikit untuk mengelakkan puff melekat pada loyang atau nak senang gunakan silikon paper.Masukkan adunan dalam plastik icing dan paipkan atas dulang. Dah siap renjiskan sedikit air padanya.Bakar pada suhu 175C sehingga adunan perang.
Untuk intinya:
100g instants custard
200g air sejuk
50g wiping cream diputar sedikit.
Kacau custard dengan air sebatikan campur dengan wiping cream, dah sedia untuk dimasukkan kedalam puff.
Tips:Pastikan adunan perang atau garing sedikit jika tidak selepas dikeluarkan dari oven adunan akan turun semula.Untuk mencantikkan puff boleh juga dihias dengan cooking chocolate.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan