| Roti BOM |
| Sedia untuk di makan. |
Assalamualaikum, Jom kita pelbagaikan menu roti potong(sandwich) info dapat dari group RNET. Selalunya breakfast anak sekeping roti ja,tadi pagi 3 keping licin siap minta bawa bekal lagi.Anak kak Nurr bagi nama roti bom.Terima kasih banyak pada group RNET memang best, betul kata Jeni "dapur berasap selepas online"
kat bawah cara kak Nurr buatkan intinya, inti boleh di pelbagaikan ikut selera
| Inti Ayam |
| susun 2 keping roti |
| canaikan roti |
| terap dengan acuan bulat |
Bahan inti:
1 dada ayam -dadukan
1 capsicum- dadu
1/2 karet-dadu
1 bawang holand-dadu
4 bawang putih-cincang
Sos lada hitam
sedikit garam
Sos cili
Sos tomato
oregano & mix herb
minyak zaiton
Bahan hiasan:
salad & tomato
mayonise
sos chease wedges
Caranya:
Panaskan minyak tumis bawang putih wangi masukkan ayam goreng hingga masak masukkan garam letakkan sos secukup rasa dan akhir sekali sayuran.
Bahan salut roti:
Roti secukupnya
1 telur + 1camb tepung jagung-pukul sedikit
breadcrumb
Caranya:
Ambil 2 keping roti canai dan terapkan acuan bulat.
celup roti dalam telur gaulkan breadcrumb goreng dalam minyak (deepfry) roti akan kembung secara pelahan2. goreng hingga kuning.
Note: api xleh besar sangat nanti roti akan pecah.
Sejukkan roti, gunting pada garis pusat ( dapat 2keping)
Masukkan sedikit mayonise, salad dan inti kemudian paipkan cream dengan mayonise diatas inti.
Hidangkan bersama salad dan tomato.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan