16 Ogos 2011

FALAFEL


Salam Ramdhan juadah berbuka Falafel adalah sejenis makanan dari Lebanon yang sekarang ini digemari oleh ramai warga Malaysia. enak dimakan bersama sos tahini atau hummus. Resepi ini dapat dari majalah Saji kolumnisnya adalah chef Kamarul.

Bahannya:
400 gm kacang kuda (direndam semalaman toskan dan kisar hancur)
2 sudu besar tepung gandum
1/2 camt serbuk penaik
1 camt sebuk jintan manis
1camt biji ketumbar -tumbuk kasar
1/2 camt garam
1/2 camt lada hitam-tumbuk kasar
Bahan dicincang kasar
1 tangkai daun pasli
1 tangkai daun ketumbar
1 biji cili hijau

Caranya:
Satukan kacang kuda kisar bersama dengan semua bahan cincang kemudian gaulkan bersama dengan bahan rempah dan tepung.
Bulatkan adunan sebesar guli dan biarkan rehat seketika.
Panaskan minyak dan goreng secara deepfry sehingga kuning toskan minyak.
Sedia untuk dihidang bersama sos tahini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan