21 Julai 2012

Kek Sarang Semut

 

Assalam entry kali ini kek gula hangus yang amat payah untuk mendapatkan sarang2 semut tu, alhamdulillah setelah beberapa kali mencuba dgn pelbagai resepi kali ini menjadi menggunakan resepi dari seotang guru di SMK Air Molek Melaka, terima kasih banyak2 kak. Jom kita lihat resepinya

Sumber: Kak Jie Jie
Bahan:

1 1/2 cwn tepung gandum
2 cwn gula + 2 cwn air paip
7 bj telur
3/4 cwn susu pekat
2 sudu besar soda
1 sudu besar penuh majerin/ butter
1 sudu besar esen vanila

Cara:
1. ayak tepung dgn soda.
2. buat gula hangus dan sejukkan.
3. pukul majerin dan susu pekat hingga putih.buh esen vanila
4. masukkan telur sebiji sebiji.
5. masukkan gula hangus diselangseli dengan tepung.
6. acuan loyang disapu majerin dan tuangkan adunan kek ke dalamnya. bakar. pastikan oven dipanaskan dulu......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan