30 Julai 2012

SIRA PISANG

Assalamualaikum jom hari ini kita mencuba resepi tradisi orang dulu2....memang sedap dan enak sebagai pemanis mulut satu juadah yang senang dan mudah untuk disediakan.Bukan pisang je boleh dibuat sira labu, dan ubi kayu juga sedap dibuat sira.

Bahannya:
4 keping pisang berangan( buang kulit rendamkan dalam sedikit air kapur)
1/2 cawan gula
1 in gula batu
sedikit garam
1/2 cawan air

Caranya:
Toskan pisang bilas airnya masukkan semua bahan dalam kuali masak sehingga gula pekat.Masak dgn api yang kecil baru cantik hasilnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan