Doa Ramadan: Hari ke 19...
"Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran."
Entry kali ini kak Nurr masukkan pemanis mulut biji/ butir nangka yg sedap dan sejuk membelai tekak jom kita lihat bahan dan caranya:
Sumber: Majalah Rasa
Waktu memasak : 35 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang
Bahannya:
150gm tepung pulut
1 sudu makan tepung beras
180ml air
240ml santan pekat
480ml santan cair
1 ulas bawang merah - dihiris
2cm halia - dihiris
1 sudu teh biji halba
90gm gula pasir
2 helai daun pandan
¼ sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau
Waktu memasak : 35 minit
Saiz hidangan untuk : 4 orang
Bahannya:
150gm tepung pulut
1 sudu makan tepung beras
180ml air
240ml santan pekat
480ml santan cair
1 ulas bawang merah - dihiris
2cm halia - dihiris
1 sudu teh biji halba
90gm gula pasir
2 helai daun pandan
¼ sudu teh garam
Sedikit pewarna hijau
Caranya:
Di dalam sebuah bekas, adunkan tepung pulut dan tepung beras bersama air sehingga menjadi doh.
Bahagikan doh kepada dua bahagian dan ambil satu bahagian dan warnakan dengan sedikit pewarna hijau.
Bentuk menjadi bentuk bujur kecil seakan biji nangka. Ulang proses hingga kedua-dua doh tepung pulut habis.
Selepas itu, rebus di dalam periuk sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
Di dalam periuk berlainan, masak santan, halia, bawang, gula dan garam secukup rasa. Kacau sebentar.
Kemudian, masukkan biji nangka yang telah direbus tadi ke dalam periuk dan gaul rata.
Setelah mendidih, tutup api dan hidangkan. Sedia dinikmati.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan