14 Ogos 2008

Cupcake untuk cenderahati

Cup cake ini adalah untuk majlis bacaan Yassin dirumah Cikgu Abdul Azis dan isterinya Pn Jamilah.Lokasinya adalah Taman Sungai Emas, Taiping Perak.Cakenya adalah butter cake dan Choc kek dihiasi dengan fondant. Kek choc Bahannya: 250g butter 2 cawan gula castor 4 biji telur 1 cawan sebuk koko* 1 1/2 cawan air ais* 2 3/4 cawan tepung gandum 1 camt soda bicarbonate Caranya: Satukan koko bersama air ais.Putar butter dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung berselang seli dengan air tadi. Bakar pada suhu 175C hingga masak. Tips: Nak tau masak ke tidak bila cucuk lidi or cake tester dikeluarkan bersih je tidak ada adunan yang melekat dah masak le kek tu. Resepi butter cake, Bahannya: 250g butter 250g gula castor 6 biji telur asingkan putihnya 240g tepung nail sendiri 1 camt vanila esen Caranya: Putar butter dengan gula hingga kembang masukkan kuning telur 1+1. Dalam bekas lain putar putih telur hingga merang atau kental. Masukan berselang seli dengan tepung, Bakar pada suhu 175C,bakar sehingga masak ye. Tips: Gunalan lidi atau cake tester cucuk kan pada bahagian tengah kek dan keluarkan bila lidi licin maksudnya kek dah masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan