14 Ogos 2008

Asam pedas pembakar semangat

Mula berminat dengan kulinari apabila ayahanda tercinta memberi komen yang tak sedap didengar"hang ni masak asam pedas ka masak air sejuk, tak rasa apapun".Rasa tercabar dengan teguran itu yalah dah 20 tahun tapi tak pandai masak walupun ibunda merupakan pakar dalam membuat kuih tradisional dan sentiasa mendapat tempahan untuk majlis dan ayahanda tercinta pula merupakan tukang masak untuk majlis kenduri kampung, sayang sekali anak daranya...buat asam pedas pun tak lepas.Demi menyahut cabaran berfikir boleh melakukan, percaya apa yang dilakukan,tabah apa yang diusahakan,bertindak atas kemampuan insyaallah boleh.Belajar pelahan-lahan dari kedua ayahbonda dan sekarang alhamdulillah aktiviti seni kulinari ini menjadi rutin harian dan pendapatan sampingan keluarga.Hanya doa dan al-fatihah mengiringi ayahbonda tak terbalas rasanya jerit payah mendidik kami anak-anakmu.Terimakasih ayahanda dan bonda tercinta.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan