12 Ogos 2008

Resepi Asam Pedas Penang mari.

Ya salam inilah resepi asam pedas orang utara terutamanya orang Penang kerana asam pedas ini la aku mula berminat dengan seni kulinari. mari kita tengok apa bahan dan cara memasaknya, senang je.

Bahannya:
1 ekor ikan sebelah potong dua ( atau apa stok ikan yang ada kat rumah ikan kembungpun boleh).
1 biji cili kering potong dan rendam seketika dalam air.
5 ulas bawang merah.
3-4 keping asam gelugor.
2-3 liter air.
1/2 biji timun potong dan buang bijinya( nak sedap lagi guna timun kampung yang kulitnya warna kuning baru syiok) sedikit belacan. garam secukup rasa. sedikit serbuk perasa jika suka.

Caranya:
Tumbuk cilibersama belacan dan bawang kasi lumat.
Masukkan dalam periuk atau kuali campurkan semua bahan kecuali ikan dan timun,
 renehkan atas dapur sehingga airnya tinggal separuh.
Masukkan ikan dan timun bila mendidih rasakan asam dan garamnya, biar rasa masam sedikit baru kick tapi jangan lak masam sangat ye.

Tips- Asam pedas ini kalau cukup rasa asam garamnya baru sedap, kalau tak payau je rasanya kena pula dengan nasi panas-panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan