Air Tangan Nurr.......Pastikan setiap penyediaan masakan bermula dengan niat yang suci dan disertakan doa @zikir yang baik-baik, nescaya ALLAH akan memberi keberkatan kerana setiap masakan yang suci lagi halal akan di proses menjadi setitik darah yang amat suci kepada manusia.... untuk pertanyaan email: nurrgemilang@yahoo.com.my Tel:0194300035
31 Ogos 2008
Salam Kemerdekaan & Ramadan Al- Mubarak
Motor Ni Abah Yang Punya…
“Motor ini Abah yang punya.” Ini adalah skrip terakhir yang diucapkan oleh Aeman dalam iklan Petronas sempena Hari Kemerdekaan yang ke-51.
Setiap kali menjelangnya bulan Kemerdekaan dan musim perayaan, iklan Petronas adalah iklan yang ditunggu-tunggu. Memang best-best belaka iklan Petronas ni. Maklumalah Petronas banyak duit
Iklan yang meletakan pelakon terkenal Aflin Sauki sebagai bapa Aeman merupakan iklan yang banyak memberi pengajaran kepada kita.
Memang benar, setiap orang mempunyai keinginan. Tetapi tak ramai yang mampu mengorbankan keinginan untuk masa depan yang lebih gemilang. Terutama jika kita dulu anak orang susah. Ya, dulu kita anak orang miskin. Apa yang kita inginkan tak pernah dapat. Jadi bila dah besar ni dah ada duit sendiri tentulah kita ingin memenuhi segala impian kita.
Tetapi… kini kita adalah Abah, ada anak yang ingin kan sesuatu seperti yang kita inginkan dahulu. Mampukah kita mengorbankan keinginan kita demi anak kita kerana kita tidak mahu anak kita kempunan seperti kita atau mampukah kita mengorban keinginan kita dan anak kita demi masa depannya yang lebih gemilang.
Kadangkala saya rasa terkilan juga bila ada rungutan dari ibubapa apabila ada guru yang meminta duit dari anak mereka untuk membanyakkan latihan (Fotostat latihan) sedangkan anak tersebut membawa handphone yang lebih mahal dari handpone guru yang paling mahal di sekolah.
Kadangkala terkilan juga di hati saya bila yuran tambahan sekolah yang setahun sekali menjadi isu, sedangkan yuran bulanan televisyen parabola mampu dibayar.
Tetapi saya sedar setiap insan mempunyai alasan sendiri untuk menentukan apa yang terbaik untuk generasi mereka.
Sekadar pendapat
Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-51 bakal menjelam Ahad ini, saya mengucakan Selamat Menyembut Hari Kemerdekaan yang ke-51 dan Selamat Meraikan Ramadan Al- Mubarak.
Wassalam
Note- Penulis asalnya adalah Cikgu Faizal saya cuma tolong forwardkan je, terima kasih cikgu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan