Biskut ini adalah evergreen, datanglah berbagai jenis biskut baru tapi biskut ini jugalah yang wajib ada atas meja waktu hari raya dari aku kecil hinggalah sekarang ni masih ramai orang yang sukakannya termasuklah kedua anak-anak ku tapi mereka cakap biskut ini kuih bunga.
Bahan A:
180g butter
80g gula icing
Bahan B:
1 kuning telur
1 camt esen vanilla
Bahan C:
80g tepung jagung
80g tepung custard
120g tepung superfine
Caranya:
Putar bahan A sebentar sahaja.
Masukkan bahan B dan C sedikit -sedikit.
Paipkan adunan menggunakan acuan samperit.
Hiasan:
Ceri merah atau hijau atau jelly tips.
Tips: Tepung gandum dimasukkan sedikit2 kerana kandungan air dalam tepung tak sama sekiranya anda nampak adunan tu dah cantik tak perlu habiskan tepung tu ye.Simpan adunan dalam bekas yang bertutup, ambil sedikit sahaja untuk di paipkan. Bakar pada suhu 175C. atau ikut oven masing masing la.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan