31 Oktober 2008

Kek Lapis Chips More ke Doha.

Sebut saja kek lapis pasti akan terbayang kek lapis Sarawak. Sebenarnya banyak kek lapis yang popular terutama dari Indonesia dan Singapore.Setiap kek lapis ada keistimewaan yang tersendiri. Kek lapis Sarawak memang terkenal dengan corak dan paduan warna yang memang menarik. Kek dari Sumatera dan Singapore pula lebih kepada adunan rempah ratusnya yang membuatkan keknya berbau wangi dan enak sekali.Pada dasarnya adunannya lebih kurang sama cuma cara di adun dan dipersembahkan itu yang memberi kelainan rasa dan rupa. Kek lapis chips more ni sebenarnya kek lapis biasa tapi telah ditambah dengan biskut chips more untuk menambahkan lagi rasanya. Dibuat khas untuk anak buah Kimi dan Nora untuk dibawa balik ke Doha Qatar,dibawah ini resepinya. Bahan A: 14 telur (8 darinya hanya ambil kuning sahaja, putih telur tak mau) 250g gula castor. 1 camt vanila 200g tepung hong kong 1 camb Quick 75 Bahan B: 300g butter 80g susu pekat manis 80g serikaya Hiasan: 1 paket Biskut mini chips more Pewarna kuning dan chocolate@black treacle Putarkan bahan A hingga gebu dan putih. Putar bahan B hingga kembang satukan dengan bahan A. Bahagi kepada 2, 1 diwarnakan dengan kuning dan 1 lagi choc.Sediakan loyang alas dengan kertas minyak masukkan lapisan kuning ratakan bakar dengan api atas 180C sahaja.Lapiskan pula dengan warna choc letakan biskut choc chips diatasnya bakar lagi.Ulang proses ini sehingga habis.

2 ulasan:

  1. Ni lupa nak tanaya harga hari tu....terus bawak balik ke Doha

    BalasPadam
  2. Takpa kita kira taun depan la hehehe...

    BalasPadam