17 November 2008

PaJeRi

Pajeri Nenas
Bagi orang utara bila sebut Pajeri boleh dikatakan semua orang tahu bagaimana rupa dan rasanya.Bahan utamanya adalah buah biasanya nenas atau terung tetapi bagi orang lama yang kretif buah kedondong, mangga tua, bacang umbut kelapa dan rebung juga digunakan.Bahan yang digunakan sama seperti kari cuma rasanya lebih manis kerana gula digunakan sebagai bahan perasa dan masam terutama bila kita menggunakan buah yang masam.Untuk dapatkan rasa yang lebih sedap biasanya pajeri dimasak pada waktu malam dan dihidangkan esoknya waktu lunch, kata mereka baru mesra rasanya.Biasanya dihidangkan bersama ikan masin goreng seperti ikan tamban atau gelama dan sambal belacan. Jom kita lihat cara dan bahannya dibawah ini.

Bahannya:
1/2 biji nenas dipotong tebal 1 inci @ 2biji terung bulat belah 2
100g udang dibuang kulit (optional untuk memberi rasa yang lebih sedap )
2 paket rempah kari daging
1/2 biji kelapa dijadikan kerisik
1/2 biji kelapa dijadikan santan ( RM1.00 santan)
1 in halia -ditumbuk halus
5 ulas bawang merah -ditumbuk halus
5-6 camb gula
Garam secukup rasa

Bahan tumis:
Minyak masak secukupnya
1 batang kulit kayu manis
2 ulas bawang merah dimayang
2 tangkai daun kari

Caranya:
Satukan rempah dengan bahan tumbuk bancuhkan dengan sedikit santan.
Panaskan minyak tumis semua bahan tumis hingga wangi masukkan rempah tambahkan sedikit air. biarkan hingga rempah pecah minyak
Masukkan santan, kerisik dan udang masak hingga mendidih.
Perlahankan api masukkan nenas, gula garam dan rasanya manis sedikit, biarkan sehingga kuahnya pekat serta buahnya empuk dan pecah minyak.
Sedia untuk dihidangkan.
Pajeri Terung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan