Resepi ini dapat dari Chef Florence Tan suatu waktu dahulu ketika bertemu dengannya bersama kakak beliau pada satu pertandingan masakan di utara tanahair.Beliau seorang yang peramah dan baik hati, katanya "kita suka sekiranya resepi yang diberikan itu menjadi, itu yang kita nak dengar dari semua orang."Ternyata sekali untuk menjadi seorang chef yang hebat kita tidak boleh kedekut ilmu,Malahan dalam Islam juga dituntut sekiranya kita ada ilmu dan kita amalkan serta ajarkan pada orang lain maka ganjaran kebaikan dan pahala itu akan dipertingkatkan tetapi sekiranya kita ada ilmu dan tidak diamalkan nescaya suatu waktu ia akan hilang daripada kita,renung-renungkanlah. Mari kita tengok bahan dan caranya dibawah ini.
Bahannya:
4-5 ketul ayam
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1camb cili powder
1 paket rempah kari daging
4 tangkai daun kari gula dan garam secukup rasa
Caranya:
Gaulkan semua bahan perapkan 1-2 jam.
Goreng ayam secara deep fry.
Bila ayam dah masak masukkan bawang dan daun kari goreng hingga berbau wangi.
Toskan minyak dah sedia untuk dihidangkan.
Tips: Untuk jadikan ayam pandan balut ayam dengan daun pandan sebelum digoreng.Hem! baunya akan lebih wangi......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan