08 Disember 2008

Di SeBaLiK IbAdAh QuRbAn

Ya salam, hari ini sekali lagi kita menyambut Hari Raya Korban, dalam kemeriahannya ada duka yang dihadapi oleh saudara kita 3 hari sebelum raya tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, marilah kita bermuhasabahkan diri mengapa ia terjadi??? rakusnya kita mengejar pembangunan sehingga lupa pada alam, mungkin itu satu petanda alam sudah bosan dengan kerakusan kita, bukan sekali amaran diberikan tapi sudah berkali-kali tapi kita manusia yang mudah lupa. Salam takziah buat semua saudara di Bukit Antarabangsa dan dibawah ini petikan dari blog Cikgu Rashid yang mencuri perhatian saya. Silakan baca ye.

Disebalik Ibadah Qurban

1. Kita diminta MEMBERI dan yang kita beri hanyalah yang TERBAIK yang besar manfaatnya kepada orang lain.

2. Apa yang paling kita ada dan jaga, itulah yang patut kita beri. Maksudnya kita memberi yang kita sangat sayangi yang dalam pemilikan penuh kita sendiri.

3. Ibrahim telah memberi kepada Allah sesuatu yang sangat baginda sayangi dan yang sangat disayangi itu adalah yang baginda sangat dambakan dan menunggunya sekian lama, iaitu anaknya sendiri.

4. Itulah yang terbaik, satu-satunya yang menjadi miliknya, dan kini yang itu pula dituntut oleh Tuhan untuk disembelih. Bayangkan jika itu berlaku pada anda?

5. Ya itu merupakan satu ujian yang sangat besar buat Nabi Ibrahim a.s. dan juga buat isterinya, Hajar. Ujian yang diberi kepada seorang ayah yang sangat besar sifatnya kasih sayangnya sehingga dipanggil abun rahim (bapa paling penyayang).

6. Sekian lama Ibrahim mengharapkan seorang anak, tiba-tiba belum sempat kasih sayang dicurah buat anak itu, Allah ingin mengambilnya. Ya mengambil nyawa dan darahnya.

7. Tidak logik pada pertimbangan akal yang seorang manusia harus dikorbankan. Lebih-lebih tidak logik lagi tangan yang menyembelih itu ialah tangan ayah sendiri.

8. Itu yang kita kata dan rasa. Tetapi ini perintah Tuhan. Sebagai perintah Tuhan, boleh saja merentasi batasan logika dan akal manusia. Logik tidak boleh mengatasi perintah Tuhan sekalipun tercetus daripada seorang pakar logika .

9. Tuhan sahaja yang tahu akan rahsia-Nya, maka kembalikan urusan itu kepada-Nya. Rupa-rupanya di dunia ini ada yang kita terpaksa terima dan percaya sahaja. Ia semacam satu ujian keyakinan kita kepada Sang Pencipta. Itulah maknanya AQIDAH atau sebuah kepercayaan bulat yang sedikit pun tidak terbelah dan terbahagi.

10. Apabila Ibrahim melakukannya dengan TAAT, REDHA dan IKHLAS, Tuhan menerima korbannya itu lalu menggantikannya dengan yang sesuatu yang terbaik-seekor kibas yang sihat dan gemuk.

11. Mujurlah itu yang berlaku, jika tidak setiap kali menyambut Hari Raya Qurban dan hari-hari tasyrik kita akan memilih-memilih di antara anak kita siapa yang terbaik untuk dikorbankan.

12. Andai itu yang ditakdirkan, adakah kita akan memilih anak kita yang terbaik dan tersayang untuk dikorbankan atau kita mengorbankan anak kita yang paling degil dan bermasalah?

Hakcipta Cikgu Abd Bashid Harun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan