Air Tangan Nurr.......Pastikan setiap penyediaan masakan bermula dengan niat yang suci dan disertakan doa @zikir yang baik-baik, nescaya ALLAH akan memberi keberkatan kerana setiap masakan yang suci lagi halal akan di proses menjadi setitik darah yang amat suci kepada manusia.... untuk pertanyaan email: nurrgemilang@yahoo.com.my Tel:0194300035
14 Mac 2009
SUSAH ITU PUN REZEKI
Assalamualaikum, lama tak buka rumah ni, almaklum tuan tanah tak sihat,bermula dari awal november sehinggalah sekarang hospital menjadi rumah kedua, apapun ingin saya petik sedikit pesanan dari Tuan Dr. Hj Jahid bin Sidek katanya:orang mukmin akan sentiasa bersyukur walaupun mendapat kesusahan kerana dia merasa semua yang diperolehi dan didatangkan padanya dalam hidup adalah rezeki dari Allah untuk manfaat zahir dan batin serta dunia dan akhirat. kalau susah pun, orang mukmin masih menganggap di dalam bala dan kesusahan itu banyak rezeki dan nikmat.
Petikan hadis Nabi Muhammad S.A. W. yang bermaksud: "Sesungguhnya ajaib keadaan orang mukmin,semua perkara bagus dan demikian itu hanya dimiliki orng mukmin, kalau memperolehi kebahgian dia bersyukur maka demikian itu baik baginya, jika diberi kesusahan, dia bersabar maka demikian itu juda baik baginya" Hadis Riwayat Muslim.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan