| 1.Lipat daun seperti kelongsong. |
| 2. Ambik sedikit pulut masukkan kedalam dan padatkan ia. |
| 3. Penuh daun dengan pulut. |
| 4.Tolak daun kedepan. |
| 5.Pusing daun turun kebawah. |
| 6.Tarik daun ke depan anda dan pastikan bucu daun tiada lubang. |
| 7.Sisip daun ke dalam. |
| 8. Masukkan sedikit pulut dalam poket. |
| 9. Tarik daun dan kemaskan. |
| 10.Pintal daun dan ikat pada bucu ketupat. |
| 11. Inilah hasilnya dah siap .
RESEPI KETUPAT PALAS:
Bahannya:
3 kg beras pulut
6-7 biji kelapa parut yang putih sahaja.( santan)
3-4 helai daun pandan
Kacang ketupat (direbus )
garam dan gula secukup rasa
Daun palas secukupnya
Caranya:
1.Tanak pulut hingga separuh masak dan masukkan kacang gaul rata dan sejukkan.Bila dah sejuk balutkan ketupat.
2. Masak air dalam periuk hingga mendidih masukkan ketupat tutup periuk kacau sesekali. 3.Rebus sehingga air kering dan keluar minyak. 4. Atau cara lain kukuskan ketupat sehingga masak. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan