01 Ogos 2012

Sup Sayur

 
Assalamualaikum entry kali ini kak Nurr masak  satu menu yang ringkas dan mudah untuk disediakan sesuai untuk anak2 bersahur awal pagi tadi dihidangkan bersama dengan nasi goreng. Jom semak caranya:

Bahan:
1/2 mangkuk isi ayam dadukan
1mangkuk cendawan kering rendamkan dahulu
2 pokok sawi cina 
1/2 batang karet
1 biji cili merah
1 camteh serbuk lada putih
garam secukup rasa

Bahan tumis:
4 ulas bawang putih
2 camb minyak zaiton (minyak sawit pun boleh)

Caranya:
Panaskan kuali masukkan minyak tumiskan bawang sehingga wangi masukkan ayam gaul sebentar.
Masukkan air agak2 la nak banyak mane yek. Bila mendidih masukkan garam karet dan cendawan bila karet masak masukkan sawi cili dan serbuk lada tutupkan api siap untuk dihidangkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan