Assalamualaikum entry kali ini roti jala yang menjadi satu hidangan wajib selepas buat gulai daging mesti anak2 dan suami minta buatkan roti jala jom tengok resepinya...
Bahannya:
600g tepung gandum
1 biji telur
750ml air
sedikit pewarna kuning
sedikit garam
Caranya:
Blendkan semua bahan perapkan sebentar 15 min kemudian boleh la mula menjala
Bahan gulai
200g kentang potong dadu
250g daging potong dadu
1 paket rempah kari daging
1/2 cawan santan
1asam keping
*2cm halia
*4 ulas bawang merah
*1 biji buah keras
*kisar bahan bertanda
Bahan tumis
1 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah mayangkan
1 helai daun pandan
rempah 4 sekawan
minyak
Caranya:
panaskan minyak tumiskan bahan tumis masukkan rempah dan bahan kisar.
Masukkan daging bila daging dah empuk masukkan kentang akhir sekali masukkan santan, asam keping dan perisakan dgn sedikit garam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan