Assalamualaikum dan salam Ramadhan yg ke 13.
Kuih bunga ini adalah juadah tradisi dari Kelantan kak Nurr kalau ke Kelate mesti cari kuih ini banyak terdapat dekat pasar Ct Khadijah ataupun kalau ke restoren Yati ayam percik juadah ini juga ada di sana.Senang je cara pembuatannya ayuh kita tengok camne nak buatnya...
Bahannya:
500g tepung pulut
1/2 cawan santan +sedikit garam
Air secukupnya
1/2 cawan gula icing / gula perang
1-2 biji telur di kocok sedikit
Caranya:
Bancuh tepung bersama santan adunannya lembut seperti kita nak buat buah melaka atau badak berendam.(sekiranya adunan keras tambah la dengan sedikit air)
Cubit sedikit adunan leperkan dengan ibu jari buatlah sehingga habis adunan tu
Panaskan minyak celupkan adunan ke dalam telur goreng sehingga warnanya sedikit perang (api hendaklah kecil).
Toskan kuih gaulkan dengan gula icing ataupun gula perang. siap dan senang cara penyediaannya.
Selamat mencuba...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan