Assalamualaikum, itik ni sedap kalau tau cara masaknya, dahulu orang kg kata itik nila, sekarang jadi itik serati, dah lama dapat resepi dari Chef Sabri saya cuma buat 1/3 sahaja (1kg itik RM 12.00)
RESIPI: GULAI ITIK SERANTI - Chef Sabri
Penyediaan: 20 orang Masa penyediaan : 3 jam
Bahan:
3 kg Itik seranti- dipotong
3cawan Rempah serbuk kari ayam
3 sudu makan Bawang putih - di cincang
6 sudu makan bawang merah - di cincang
6 sudu makan halia - di cincang
3 sudu makan Serbuk Jintan Manis
2 sudu makan Serbuk ketumbar
2 biji Kulit Oren - di sagat ( zest )
2 biji Kulit Lemon - di sagat ( zest )
4 tin Susu sejat penuh krim / santan.
4 cawan Air
10 biji Ubi ketang - di potong dadu
2 biji JusLemon 3 sudu makan garam secukup Rasa 6 sudu
Bahan Tumis:
3 inci Kulit Kayu Manis
4 biji Buah pelaga
5 biji Bunga lawang
8 kuntum Bunga Cengkih
20 g Daun PudinaDaun kari - Chef xletak saya tambahkan
Cara:
1. Bancuh rempah kari dengan serbuk jintan manis,serbuk jintan putih, serbuk ketumbar denga 2 cawan air. 2. Panaskan ,minyak tumis bawang putih, halia, bawang merah, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih,daun pudina, kulit limau hingga naik bau.
3, Masaukan rempah dan kacau hingga pecah minyak, masukan air, ubi kentang dan itik dan biar renih selama 2 jam dengan api yang sederhana panas.
4. Masuka susu atau santan dan kacau hingga sebati dan biar renih hingga isi itik benar-benar lembut.
5. Masukan air limau nipis dan garam secukup rasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan