03 Ogos 2012

Badak berendam @ kuih dalam Zoo....

Assalamualaikum, alhamdulillah dah selesai berbuka dan solat terawih untuk malam ini. Petang ini kak Nurr buat badak berendam sebagai pemanis mulut untuk berbuka. Ini juga salah satu juadah yang amat popular terutamanya sebelah pantai timur. Bahan utamanya adalah tepung pulut santan dan inti ada yang letak inti kelapa dan ada yang letak inti  gula melaka juga ada yang letak inti kacang hijau, terpulang pada selera masing2 ye nak letak apa yg penting sedap dan membuka selera. Jom kita semak cara membuatnya....

Resepi asal: My Resepi  diolah sedikit mengikut bahan yg ada kat rumah.
Bahannya:
2 cawan tepung pulut 
11/2 cawan perahan air daun pandan +sedikit pewarna hijau.
1/2 sudu teh garam
inti kelapa secukupnya - cara mmbuatnya sama dgn inti kuih koci @ onde-onde 
Bahan kuahnya:
21/2 cwan santan, 
2 sudu tepung beras(saya ganti dgn sagu mata ikan)
1/2 sudu teh garam
3 helai daun pandan
secubit halba kak Nurr tambah untuk menaikkan aromanya
*jika nk buat kuah banyak/cam bubur, bubuhla gula sekadar manis2 buah sj.

Caranya:
Bancuhkan tepung bersama garam dan air kak Nurr bahagi 2 satu biarkan warna asal dan satu lagi letak pewarna hijau.
Bulatkan adunan dan letakkan inti didalamnya kak Nurr letak gula melaka untuk adunan putih dah yg hijau letakkan inti kelapa.
Panaskan air  biar mendidih masukkan adunan yg kita bulat2kan tadi kaedah sama seperti menbuat onde2@buah melaka bila sudah timbul sejatkan rendam dalam air agar adunan tidak melekat.
Masukkan semua bahan dalam periuk kacau selalu supaya santan xpecah minyak bila mendidih masukkan tepung kacau dan tutup api siap untuk dihidangkan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan