Assalamualaikum
Resepi ini kak Nurr dapatkan dari blog Lydia Honey.http://lydiahoney2003.blogspot.com/Nasi arab ni memang menjadi kegemaran keluarga kak Nurr kerana penggunaan beras basmathi yg lembut dan kurang kanji.Jom kita tengok bahan dan caranya...
Note: Kak Nurr buatkan ayamnya dahulu kemudian stok ayam tu kak Nurr gunakan untuk memasak nasi CUMIN RICE
1 1/2 cawan basmathi- cuci, rendam ngan garam selama 1 jam & toskan
1/2 tsp yellow food coloring
1 ketul kiub ayam MAGGI
1 kuntum bunga cengkih*
2 biji cardamom*
1 btg kulit kayu manis*
1/4 tsp cumin powder*
1/4 tsp corainder powder*
1/4 tsp Arabic mixed spices
1/2 camt cumin seeds*
2 camb minyak masak
1/2 tsp rose water
Air secukupnya
Toasted Pine nuts/alamonds
Fressh chopped Corainder leave- taburan/garnishing
(kak Nurr xletakpun )
Caranya:
Panaskan minyak dalam periuk, masukkan bahan bertanda, tumis sekejap.
Masukkan beras dan goring hingga semua bersalut selama 1 minit dan masukkan air panas/ stock ayam secukupnya.
Bila dah hampir kering cam nampak lubang2 air kat atas permukaan nasi tu, titiskan pewarna dan rose water, biarkan nasi ditanak seketika sehingga kering sedikit.
Gemburkan sedikit dan tanak semula seperti biasa dengan api yang paling kecil sehingga benar- benar masak.
Bila nasi dah masak dalam 10-15 minit, matikan api dan biarkan 5 minit jangan dibuka penutupnya.
Selepas 5 minit buka penutup periuk dan dembur- gemburkan sedikit nasi dengan garfu.
Tuangkan nasi di atas pinggan/ talam hidangan, taburkan pine nuts/almonds dan daun corainder**.
Sedia untuk dihidangkan bersama ayam bakar, salad, salsa tomato dan maraq ataupun sup kegemaran anda.
Selamat mencuba..
Bahan perap ayam:
1/2 ekor ayam- potong 2, cuci, rendam dengan cuka putih, bersihkan dan tos
1 helai daun bay
2 biji cardamom pods
1 biji bawang besar-potong 4
1 ulas bawang putih- potong 2
1/4 camt arabic mixed spices
1/4 camt corrainder powder
1/4 camt cumin powder
1/2 camt salt( secukup rasa)
air secukupnya untuk merebus ayam
Masukkan kesemua bahan di dalam periuk dan rebus sehingga ayam benar- benar empuk/ masak.
Matikan api, asingkan ayam dari stock dan ketepilkan.
Campurkan secubit cumin powder, garam dan black pepper powder bersama sedikit minyak zaitun dengan pewarna.
Lumurkan rata pada ayam dan susunkan ayam di atas tray, bakar dalam oven yang telah di panaskan selama 5-10 minit (180C), api atas bawah hingga golden.
Ayam diperap dgn safron dan dipanggang
Sambal tomato mesin tomato bersama cili merah atau cili padi kemudian perisakan garam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan