12 Ogos 2012

Crispy Hazelnut

Assalamualaikum sudah pasti semua suri kat rumah tengah sibuk dengan persiapan untuk berhari raya. Itulah tugas seorang suri tak pernah selesai dari bangun tidur sampailah waktu nak tidur semula satu tugasan yang amat mulia dan pengorbanan yang tiada nilainya.Hari ini kak Nurr buat biskut hazelnut resepi asal dari sifu kak Nurr Chef Anuar Deraman.Jom kita buat, kak Nurr bagi 5* untuk biskut ini.

BAHAN A:
325g Mentega
50g Shortening
175g gula kastor

BAHAN B:
370g tepung superfine
80g tepung hoenkwe
50g tepung kastad
1/2 tsp Baking powder
1/2 tsp Soda bicarbonat

BAHAN C:
125g serbuk hazelnut
75g serbuk gajus
50g chocolate rice

CARANYA:
Pukul bahan A mentega, shortening dan gula hingga lembut.
Ayak bahan B. Masuk sedikit2 dalam adunan mentega.
Akhir sekali masukkan bahan C. Uli adunan sehingga menjadi doh,
canai dan terap ikut suka bentuk.
Bakar 160C sehingga masak.

Hiasan: Kuning telur chocolate rice.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan