14 Ogos 2012

JEJEMPUT JAGUNG

Assalamualaikum, salam Ramadhan hari ini dah 25 hari berpuasa lagi 4 hari untuk kita meraikan Aidil Fitri. Entry kali ini kak Nurr nak kongsikan satu resepi mudah jejemput jagung yang menjadi kegemaran anak2.

Bahannya:
1/2 kg tepung gandum
2 camb tepung beras
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
air secukupnya
1 batang jagung
50sen daun kucai

Caranya: 
Masukkan tepung kedalam besen buat lubang kat tengah masukkan telur, garam dan serbuk kunyit
sedikit garam.
Tuang air perlahan2 sambil wish/ kacau adunan sehingga rata dan tiada bintil2, perapkan sebentar 1-2 jam kemudian baru masukkan jagung dan kucai, goreng dalam minyak yang panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan