06 Ogos 2012

LONTONG

 Assalamualaikum, selamat berpuasa dan selamat meraikan Nuzul Quran ada negeri2 yg bercuti.Bagi kak Nurr di Kedah tidak cuti sebab Kedah meraikan 1 Ramadhan. Entry kali ini nasi impit atau lontong yang dimakan bersama sayur lodeh, sambal kelapa dan sambal kacang/ sambal bilis ataupun sambal goreng.Resepi ini kak Nurr tukil dari buku  Rampairasa selatan daripada Pn Asiah Samsudin dah lama buku ni tahun 1993. 

Sayur Lodeh:
5 batang kacang panjang- dipotong serong
1/4 sengkuang- dihiris nipis
2 keping pucuk-rendam
1 bungkus suhun-rendam potong
 keping tempe-potong dadu goreng
2 ketul tauhu-potong dadu goreng
1 biji kelapa asingkan santan pekat dan cair.

Bahan Kisar:
5 sudu makan udang kering (rendam sebentar)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 cm lengkuas
1/2 cm halia
1 cm kunyit hidup
(Kisar semua bahan di atas hingga halus)

Bahan tumis
1 btg serai (dititik)
2-3 helai daun salam
2 senduk minyak atau secukupnya
garam secukupnya

Cara:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga garing. Masukkan daun salam dan santan cair . Kemudian masukkan sayur-sayuran tadi bersama tempe, garam & gula. Kacau sekali sekala dan biarkan ia mendidih. Perhatikan agar kuahnya jangan 'pecah santan'. Setelah itu, masukkan tahu goreng dan tempe. Masukkan santan pekat kacau selalu.Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Matikan api setelah sayurnya lembut. Hidangkan bersama hirisan lontong, serunding kelapa, sambal tumis bilis/ sambal kacang.



Serunding kelapa;
1 biji kelapa putih (diparut) – atau beli yg dah parut.
Bahan Kisar2 sudu makan udang kering (direndam)
2 batang serai
1½ cm lengkuas
1 biji bawang besar
5 ulas bawang kecil (merah)
4 ulas bawang putih
3 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan halus
1 sudu makan jintan kasar
12 batang cili kering
1 sudu teh serbuk kunyit
(Kisar semua bahan di atas hingga halus)

5-6 sudu makan gula /gula melaka (atau secukup rasa)
1 sudu makan air asam pekat
garam secukup rasa
beberapa helai daun limau purut
minyak utk menumis

Cara: Kelapa parut disangai sebentar hingga kekuningan sedikit. Ketepikan.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing dan naik bau.
Sesudah itu, masukkan gula, air asam, garam dan daun limau purut dan terus kacau hingga rencah pekat sedikit. Akhir sekali, masukkan kelapa. Kacau rata-rata dan sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda.Tambahlah apa-apa yang perlu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan