RESEPI GARAM MASALA-Sumber Fb Mamak Haji..
Bismillah...Dah lama xmenulis disini, Jom hari ini kita kongsikan bagaimana untuk membuat rempah garam masala sendiri.Terima kasih pada Mamu Haji yang empunya resepi. pada anak2 dan adik2 cara mudah nak nak dapatkan rempah2nya pergilah ke kedai Mamak or India...insyaallah semua bahan2 ada di jual disana...ataupun pada yang malas mencari atau membuatnya contact kak Nurr insyaallah kak Nurr boleh sediakan. Jom kita baca bahan2nya...
BAHAN-BAHAN:
4 sudu besar (tbsp) biji ketumbar/corriander seed.
1 sudu besar biji jintan putih/cummin seed.
1 sudu besar lada hitam.
1 1/2 sudu besar halia kering/salai (senang boleh didapati di kedai rempah.
3/4 sudu besar buah pelaga.
3/4 sudu besar cengkih.
3 kuntum bunga lawang.
5 biji cili kering.
3/4 sudu besar kulit kayu manis yg telah dihancurkan.
3/4 sudu besar daun salam India/daun beriani yg telah dihancurkan (selalunya jenis kering rapuh dijual dikedai mamak rempah).
CARA-CARA:
1. Goreng kering semua rempah ini dengan api sederhana. Jangan hanguskan.
2. Selepas garing, keluarkan dan sejukan. Bila sejuk keluarkan isi (biji) buah pelaga untuk elak pahit.
3. Kisar kesemua rempah di pengisar kering sehingga halus. Boleh juga adunkan dengan serbuk buah pelaga 1/4 sudu kecil. Simpan dibotol yang kedap udara.Tempoh penggunaan adalah sehingga 6 bulan.

dan selamat mencuba....
Gambar kredit to Mamak Haji...
Gambar kredit to Mamak Haji...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan