08 Oktober 2013

BUBUR SUGI

Bismillahhirrohmanirrohim...
Hari ni jom kita buat  bubur sugi sejenis manisan yang menjadi kegemaran India muslim(Mamak) atau Arabian. Bahan2 yang digunakan mudah di cari, cubalah memang sedap. Resepi asal dari Mamu Haji yang memang pakar dalam hal masak2 terima kasih Mamu.

Sumber :Mamu Haji

BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung suji.
1 cawan gula pasir- (Kak Nurr letak 1/2 cawan ja gula perang)
2 sudu besar minyak sapi
3 cawan susu cair( Kak Nurr guna satu kotak susu fresh milk yg 1lt)
sedikit badam kismis dan gajus(dalam segenggam)
sedikit pewarna oren merah @kuning
3 biji pelaga ketuk buang bijinya
Secubit garam.




CARANYA:

  1.  Panaskan kuali TEFAL(xnak bagi melekat kualai lain pun boleh)
  2. Masukkan minyak sapi (ghee) bila cair masukkan buah pelaga, kismis,badam dan buah jangus. sentiasa kacau. Kismis bila gelombong menunjukkan ia telah cukup masak. Keluarkan semua bahan gorengan kecuali pelaga dan asingkan.
  3.  Masukkan tepung suji dan kacau rata dan gorengkan hingga warna keperangan jangan jadikan terlalu perang. Gorengan sesuai tepung suji ialah bila dah wangi. Semasa gorengan ini tentukan sentiasa digaul rata supaya gorengan tepung sekata. Pastikan suhu sentiasa rendah dan tepung suji tidak terbakar atau hangus.
  4. Masukan gula sedikit dmi sedikit dan keseluruhan gula cair dan adun bersama tepung suji.
  5. Masukan susu sedikit demi sedikit dan sentiasa kacau dengan adunan tepung. Tambahkan susu sedikit demi sedikit sehingga kepekatan yang anda perlukan.
  6.  Masukan 1/2 bahan yang goreng buah badam,gajus dan kismis.
  7.  Masukan perwarna dan secubit garam.tuang kedalam loyang dan ratakan tabur 1/2 lagi lebihan kekacang.
Selamat mencuba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan