05 Disember 2014

Asam Pedas @ Asam Tumis Kepala Ikan

Haiiii!....
lama Kak Nur tak bersiaran disini, maklumla keadaan kesihatan yang tak berapa ok sejak akhir-akhir ini.Apa pun alhamdulillah syukur dengan nikmat yang diberi dan redho dengan ujiannya. Jom kita tengok resepi asam pedas ni yang lebih sedap bila diletakkan dengan sedikit nenas dan rempah kari .

Bahannya:
1 kepala ikan jenahak- apa ikan pun boleh
1/2 biji nenas -potong baji
sedikit daun kesum
1 camb asam jawa + 1 mangkuk air
2 camb rempah kari ikan.
daun kesum

Bahan mesin
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
10 biji cili kering- jika nak pedas boleh tambah lagi
1 inci kunyit
2 batang serai
sedikit belacan
1 daun limau purut.

minyak, garam n sedikit gula.

Caranya:
Panaskan minyak tumis bahan hingga wangi/ pecah minyak masukkan air asam. 
Tambah sedikit lagi air mengikut kesesuaikan yang ni agak-agak lah ye.
Bila mendidih masukkan nenas, ikan dan daun kesum.
Perisakan rasa garam masam dan manis sedia untuk di hidangkan.

Selamat Memasak...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan